Saturday 2 January 2016

BERSYUKUR, SAYA SEBAGAI ISTERI.

BERSYUKUR, SAYA SEBAGAI ISTERI.

            Saya merasa amat bersyukur kerana dilahirkan dari keluarga yang mendidik saya untuk menjadi seorang isteri yang baik dan taat.
            Saya sentiasa memastikan rumah kemas sebaik yang terdaya, melayan anak-anak dengan baik(13 anak), melayan kehendak suami, menyediakan makan minumnya sedaya yang mungkin dan menjadi seorang peneman yang baik.
            USIA 50(saya) dan 51 tahun(suami)
            Pada satu hari minggu, suami saya meminta untuk masak lauk tengahari. Selepas penat servis kereta, suami terus ke dapur untuk masak kari sardin. Dua tin sardin habis sebelum malamnya.
            Anak perempuan saya terus masak sardin seperti yang saya selalu masak, bawang dan air sahaja dimasukkan dan rebus sehingga mendidih.
            Sewaktu makan malam,
            “Sayangnya, sardin mahal-mahal, masak macam ni!” rungut suami. Seperti masakan lain, suami tidak dapat menerima idea bahawa lauk yang special atau mahal di masak ringkas. Rebus sahaja.
            “Saya suka macam ni. Rebus atau bakar. Masak ‘singgang’ sedap. Saya masih tidak boleh terima bahawa masak kari sedap. Dahlah rugi santan, minyak dan rempah, tenaga juga rugi. Kalau nak rasa kari baik makan kari je. Bila ikan masak kari, rasa ori ikan dah hilang.
Ye la saya masih hormat pendapat abang tetapi saya masih tidak dapat menerima bahawa lauk masak kari sedap.”
            Bagi saya, budu, ulam mentah dan lauk bakar atau rebus amat menyelerakan. Saya boleh tambah tiga pinggan tetapi jika saya masak lauk kari atau masak pedas, saya hanya dapat makan satu pinggan beserta sayur yang banyak.
            Bagi suami pula masak kari atau masak tumis pedas berselera dan sedap. Suami saya pula akan bertambah nasi jika saya masak kari atau pedas, tetapi tidak sekiranya menu ikan ‘singgang’ atau bakar.
            Dua budaya yang berbeza. Lebih 30 tahun kami berkahwin, 21 Oktober 1983. Hari perkahwinan kami di Pueblo, Colorado, USA.
            Baru saya faham, hari ini apa maksud suami saya sebenarnya dan beliau tidak dapat mengubah lauk kegemaran saya dan saya pula tidak boleh mengubah lauk kegemarannya.
            Makanya saya bersyukur sebab suami saya berkahwin dengan saya. Kalau tidak perutnya dah buncit dan tentu beliau ada kencing manis atau darah tinggi. Dan saya pula bertuah berkahwin dengannya, jika tidak sudah tentu selera saya akan terus ‘terbuka’ dan makan dengan banyaknya.
         Sepuluh tahun lepas, suami saya merungut seluarnya yang dibeli sebelum kahwin masih lagi muat. Beliau menyatakan rakan-rakannya mempunyai isteri yang pandai masak. Beberapa tahun kemudian beliau menceritakan tentang rakan-rakannya yang perlu menjalani by pass, sebab jantung tersumbat.
            Inilah pertembungan dua individu yang berbeza dan budaya yang berlainan.

DUA SIFAT BERBEZA.

            Pada mulanya kami sering berselisih faham. Saya tidak memahaminya dan beliau juga tidak memahami saya.
            Selepas beliau dan saya membaca satu buku, Personality Plus, barulah beliau faham sifat saya yang banyaknya cenderung kepada Singuine. Ceria, ramah dan tidak gemar merancang.
            Suami saya pula seorang pledgematic. Seorang perancang dan terurus, tegas dan tidak ceria.
         Sedikit demi sedikit beliau dapat memahami saya dan saya pula dapat menjadikan suami seorang yang ceria dan gembira.
           
           


MENGAPA SAYA PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

MENGAPA SAYA PERLU MEMBUAT KAJIAN TINDAKAN?

            Tuhan yang Maha Rahim memberi ilmu dan hikmah kepada semua insan dalam bentuk dan bidang yang berlainan. Saya mungkin diberi ilmu Seni Didik dan anda mungkin diberikan ilmu sains. Bill Gates diberikan Tuhan ilmu mencipta perisian komputer.  Syeikh Al-Bukhari, jutawan Malaysia diberi ilmu berniaga. Malconi dianugerah Tuhan ilmu mencipta Walkie Talkie.

            Ilmu yang diberikan Tuhan kepada kita pula hanyalah cebisan, seperti cebisan puzzle. Setiap dari kita perlu menulis semua tindakan,  kajian dan dapatan yang kita lakukan atau jalankan di atas sekeping kertas. Kemudian insan lain yang lahir selepas kita akan mengemas kini maklumat yang kita tulis dan kembangkan lagi kajian yang kita telah jalankan dan ternyata berkesan atau membuahkan hasil yang baik untuk semua umat manusia di atas muka bumi ini.

            Sebagai contoh, saya telah menulis sebuah buku “Berpantang Selepas Melahirkan Anak Mengikut Tradisi Melayu.” Buku ini adalah dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan 13 anak dan mengalami 3 keguguran.

            Ibu saya ‘mahir’ dalam bidang perbidanan namun tidak menjadikan bidang ini sebagai kerjaya kerana kekangan masa menguruskan anak-anak yang ramai.

            Saya juga sentiasa bertanyakan ramai wanita yang saya jumpa dari Malaysia dan England(semasa saya menetap selama 4 tahun di sana kerana mengikut suami menyambung pelajaran- ijazah kedoktoran).

            Tanpa data dari doktor iaitu statistik komplikasi wanita Malaysia akibat bersalin berbanding wanita di luar negara(negara di mana kaum wanita berpantang amat rendah), kajian saya masih tidak lengkap. Makanya kini saya berusaha mengumpulkan mana-mana doktor yang berminat di dalam bidang kajian saya untuk sama-sama menjalankan penyelidikan demi manafaat semua wanita di dunia.

Saya juga membaca buku-buku di pasaran yang dapat saya capai untuk mendalami ilmu sains dalam berpantang.

Mengapa saya lakukan kajian yang tersebut di atas?

            Saya dapati ramai wanita terutama rakan-rakan saya yang mengalami komplikasi selepas berpantang yang mengakibatkan mereka sentiasa sakit, memerlukan ubat-ubatan berpanjangan(medinice  dependent) dan mengalami masalah kesihatan alat kelamin yang terjejas.

            Akibat dari keadaan di atas,  anak-anak tidak dapat dijaga dengan sempurna kerana masalah kesihatan ibu terganggu, komplikasi kesihatan akibat pengambilan ubat-ubatan yang berpanjangan dan hubungan suami isteri yang tidak menyeronokkan bagi kedua-dua pihak.

            Rentetan situasi di atas, masalah kesejahteraan rumah tangga akan terjejas.

BAGAIMANA SAYA LAKUKAN KAJIAN?

1        Kajian dalam bentuk data yang melibatkan nombor.
Kajian ini adalah kajian yang melibatkan objek yang dapat diukur seperti berapa ramai pelajar yang lulus di dalam peperiksaan atau bagaimana tindakbalas bahan kimia ke atas struktur kertas dalam penghasilan kertas dari pulp.
2        Kajian yang melibatkan temuramah.
Kajian ini melibatkan kemanusiaan seperti bidang sosiologi, kajian kemanusiaan – tindakan dan pendapat manusia di dalam sesuatu masyarakat. Kajian ini dibuat secara menemuramah kajian kita dan menulis semua perkara yang mereka tuturkan dan menulis atau mencatat semua keadaan yang dapat kita lihat berdasarkan tajuk yang kita mahu kaji. Sebagai contoh saya mahu mengkaji kehidupan di satu tempat yang penduduknya terdapat ramai kaum lelaki yang gemar berpeleseran di luar dari menjaga hal ehwal dan kebajikan anak isteri di rumah. Makanya saya tulis apa yang saya lihat, saya baca sejarah tempat tersebut dari buku-buku penulisan ahli ilmuan tentang keadaan tempat tersebut(sejarah, kini dan visi masa depan mereka) dan saya temuramah penduduk-penduduk tempat yang saya mahu kaji.
3        Kajian dalam bentuk tingkahlaku atau pertuturan.
Kajian ini melibatkan semua keadaan yang kita alami, percakapan kita dan tindakan kita yang kita lakukan ke atas kajian kita.
Langkah pertama kita lakukan kemudian kita bandingkan melalui apa yang kita lihat sebelum dan selepas tindakan kita. Kita menemuramah orang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk meminta pendapat mereka tentang perkara yang kita kaji. K Kita tulis tindakan dan pertuturan kita dan hasil yang kita dapat di dalam bentuk penceritaan.
Langkah kedua, kita minta rakan-rakan lain membaca dan mengamalkan apa yang kita telah lakukan. Kemudian kita menemuramah mereka untuk mengetahui keberkesanan kajian tindakan kita.
Langkah ketiga, kita tulis semuanya dan jadikan hasil penulisan kita sebagai satu kajian tindakan untuk manfaat semua.
HARAPAN SAYA.

            Saya amat berharap semuga Tuhan yang Maha Pengasih memberi kita kekuatan untuk membuat yang terbaik untuk kesejahteraan semua manusia di muka bumi ini.


JOM BERPOLITIK

JOM BERPOLITIK
            Politik atau pengurusan pentadbiran atau secara logik akal cara untuk mentadbir sesebuah negara. Orang politik bertugas dalam mentadbir sesebuah negara.
            Setiap rakyat perlu tahu untuk berpolitik atau mengambil tahu hal politik.
         
       Pentadbiran negara ada dua iaitu cara kuku besi atau pilihan rakyat.

KUKU BESI

            Kuku besi: mentadbir sesebuah negara dengan cara tegas contoh pemerintah komunis, memerintah(memaksa) rakyat berbuat sesuatu atau menerima sesuatu idea atau undang-undang pemimpin atau dibunuh. Habis cerita. Tiada kompromi. Apa yang berlaku pada rakyat Kelantan suatu masa dahulu berbaur kuku besi. Dalam penulisan Abdullah Munshi, Raja Kelantan menetapkan semua harta rakyat Kelantan lelaki menjadi milik raja dan sesiapa membantah akan dibunuh. Makanya rakyat lelaki Kelantan ‘terbiasa’ atau ‘terdidik’ dengan cara zalim untuk terus menerus memilih untuk bersenang lenang dengan bermain wau, bertanding cengkerik, ayam laga, burung atau bermain gasing. Kaum lelaki ter’budaya’ untuk tidak mencari harta memandangkan harta mereka akan dirampas sewenang-wenangnya oleh raja Kelantan suatu masa dahulu. Rakyat Kelantan lelaki suatu masa dahulu dibunuh jika mereka ditangkap cuba untuk keluar dari negeri Kelantan.
            Sebaliknya, harta kaum wanita dibiarkan tidak diusik.
            Kepimpinan kuku besi menghasilkan sebuah negara yang membentuk rakyatnya.

SUARA RAKYAT.

            Kepimpinan ‘suara rakyat’ pula membentuk kerajaan. Maka terhasillah sebuah negara Malaysia yang mempunyai rakyat yang amalan-amalan mereka \membentuk sebuah kerajaan yang ada kini.
            Sebagai rakyat Malaysia yang mahu aktif dalam berPolitik, kita perlulah memastikan semua rakyat Malaysia bijak, jujur, amanah, berketrampilan, berwibawa, berinovatif dan cekap.

EKONOMI

            Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang ekonomi yang semakin parah sekarang ini. Hutang dan perbelanjaan negara yang tinggi. Dimanakah perginya wang negara? Ramai yang bertanyakan hal ini di dewan rakyat mahupun di kedai-kedai kopi. Orang bijak pandai ataupun yang kurang bijaknya. Golongan elit atau bawahan. Semuanya seolah-olah tertanya-tanya soalan ini.

KEMANAKAH PERGINYA WANG NEGARA SEHINGGA MEMBUATKAN HUTANG NEGARA TIDAK PERNAH HABIS?

            Saya terasa terpanggil untuk membuka mata hati warga Malaysia untuk menilik kembali apa yang kita semua telah lakukan terhadap negara kita sendiri.

WANG PERBELANJAAN HOSPITAL.

            Sedarkah kita bahawa wang perbelanjaan hospital semakin meningkat? Tahukah kita semakin ramai rakyat Malaysia yang sakit dan kerajaan perlu membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk kesihatan rakyatnya?
            Pada satu masa dahulu, tidak ramai diantara kita yang menghidap penyakit diabetis. Kalau adapun hanyalah golongan tua yang berumur 30 tahun keaatas. Kini satu kaunter khas sudah ada di hospital untuk merawat diabetis. Kanak-kanak, malah bayi yang baru lahir juga ada yang terkena penyakit ini. Ini menunjukkan betapa ramainya rakyat Malaysia yang sakit kencing manis.
            Kerajaan membelanjakan sejumlah wang untuk memberi pesakit kencing manis insulin yang perlu diambil dalam bentuk pil atau suntikan.
            Kerajaan perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk penyakit buah pinggang. Mesin dialisis disediakan oleh kerajaan untuk kepentingan rakyatnya yang memerlukan mesin mencuci darah hampir setiap hari atau seminggu sekali. Ini tidak termasuk doktor dan nurse yang diupah kerajaan untuk memeriksa atau membantu mereka.

UBAT-UBATAN PERCUMA.

            Kerajaan menyediakan ubat darah tinggi, ubat kolesterol, ubat insulin untuk pesakit kencing manis secara percuma kepada rakyatnya untuk memungkinkan rakyatnya hidup lama dan mampu menikmati hidup seperti orang sihat lainnya.

RAWATAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA

            Kerajaan juga menyediakan doktor yang ramai jumlahnya dan hospital yang besar untuk menampung kes kemalangan di jalan raya yang dikatakan meningkat terutama di musim perayaan.

KOS PAPAN IKLAN.

Rakyat kini terhasil sebagai rakyat yang rakus di jalan raya tanpa mementingkan keselamatan diri sendiri. Ini tidak termasuk lagi kos papan iklan yang dihadirkan hampir setiap tempat untuk mengingatkan pemandu untuk memandu dengan penuh berhemah.
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.
INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.
JANGAN BIARKAN KEPULANGAN ANDA DITANGISI.
Dan sebagainya. Namun rakyat masih bersikap tidak kisah dengan apa yang bakal berlaku pada diri mereka sendiri.

WANG PERBELANJAAN PERJALANAN

            Saya bawa pula anda semua ke sekolah  di Malaysia. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang untuk membolehkan pekerja kerajaan menuntut wang perbelanjaan perjalanan sekiranya anda pergi berkursus. Ramai pekerja yang tidak merasa bersalah sedikitpun untuk menipu di dalam jarak perjalanan yang mereka tuntut. Mungkin terlebih satu atau dua kilometer.
            Kemudian pada akhir tahun, rakyat Malaysia, iaitu pekerja bahagian kewangan tuntutan perjalanan tidak terasa terpanggil untuk memulangkan wang lebihan agihan tahunan ke dalam tabung negara untuk budget tahun berikutnya. Apa yang berlaku ialah segala jenis kursus yang tidak berapa penting diadakan hanya untuk menghabiskan wang kerajaan yang berbaki.

WANG PANITIA SEKOLAH.

            Ini tidak termasuk wang agihan tahunan panitia. Barang-barang yang tidak perlu dibeli dan disimpan ke dalam bilik stor, menunggu masa untuk dilupuskan lima hingga sepuluh tahun nanti. Wang agihan panitia yang tidak habis dihabiskan tanpa ada rasa tanggungjawab untuk dipulangkan kembali ke dalam tabung negara.
            Semua perkara ini berlaku dikalangan kita dan kita pula salahkan kerajaan dan menuduh kerajaan tidak pandai berbelanja? Alangkah peliknya!

RUMAH UNTUK MANGSA BANJIR.

            Rakyat Kelantan memerlukan rumah untuk mangsa banjir dan kerajaan mengeluarkan sejumlah wang bagi mereka. Wang yang digunakan ini hanyalah untuk rakyat. Bagaimana pula masih ada yang bertanyakan kerajaan mana perginya wang negara?

MEMBINA BANGUNAN DAN BAYARAN BIL.

            Bangunan sekolah dibina, dewan, bil elektrik sekolah, pejabat, dewan orang ramai, masjid dan tempat rehat awam atau R&R. Tandas awam, telefon awam, jalan raya,  balai polis, bomba dan penyelamat semuanya disediakan oleh kerajaan tanpa kita sedar. Makanya masihkah kita meminta dari kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan? Membantu gelandangan?
            Masih adakah antara kita yang bertanyakan ke mana perginya wang rakyat? Mengapa hutang negara Malaysia masih tidak berkurang?
            Kita sepatutnya berterima kasih keada negara Malaysia walau siapa pun pemimpin. Kita sepatutnya sedar apa yang telah kita lakukan demi negara kita yang tercinta ini. Perhati sekeliling kita dan kita akan ketahui hampir semua yang kita lihat adalah wang kerajaan, wang hasil titik peluh kita sebahagiannya.

UPAH MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN SAMPAH.

            Kerajaan perlu mengupah pekerja untuk menyapu sampah di hampir semua tempat di Malaysia terutama di bandar-bandar tempat tumpuan pelancong luar negara yang datang ke Malaysia. Ramai rakyat Malaysia yang secara tidak sedar membuang sampah dari kenderaan atau semasa bersiar-siar, keluar membeli belah.
            Jika semua rakyat Malaysia peka, makanya wang negara tidak perlu dibelanjakan untuk pekerja pembersihan dan negara akan menjadi kaya dan mewah.

PAMPASAN TANAH

            Ramai rakyat yang secara suka-suka membina rumah kediaman atau kedai untuk berniaga di atas tanah milik kerajaan. Tanah milik kita semua. Makanya, sekiranya kerajaan ingin membina bangunan atau membuat sesuatu projek di atas tanah tersebut, makanya kerajaan perlu membayar sejumlah pampasan kepada individu tersebut. Tanah milik kerajaan perlu pula bayar pampasan, duit kerajaan. Alangkan peliknya. Kerajaan adalah kita, duit kita.
            Kesedaran rakyat keseluruhannya membuatkan wang milik kita bersama, wang kerajaan tidak susut di dalam tabung. Kita tidak perlu lagi berhutang.

SAMAN

            Kita ke hospital untuk mendapatkan rawatan, ramai teramat ramai bilangan pesakit. Kemudian dengan bilangan doktor yang tidak ramai, mereka membuat kesilapan kerana mereka terlalu letih, yang kita kata mereka cuai. Ramai doktor yang kerja lebih masa, iaitu on-call.
            Ramai yang menyaman kerajaan dan ada yang meningkat juta. Menang atau kalah itu lain cerita.
            Wang siapakah yang dibayar untuk satu-satu kes saman jika tidak duit kita semua? Duit kerajaan? Duit cukai kita?

ORANG YANG BAIK ANTARA KAMU IALAH ORANG YANG TAAT PADA KETUANYA.
         
            Sudah tiba masanya kita mensyukuri nikmat yang Tuhan berikan untuk kita iaitu nikmat mengamalkan agama Islam tanpa rasa takut dan terancam.
            Sudah tiba masanya kita menadah tangan memohon agar Tuhan menambah nikmat yang dilimpahkan kepada kita.
            Sudah tiba masanya kita sama-sama memastikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bebas penyakit. Maka kita tidak perlu ramai doktor, tidak perlu bertengkar tentang harga ubat kencing manis yang meningkat, ubat darah tinggi, ubat kolesterol, ubat strok atau ubat-ubat yang dikaitkan dengan penyakit orang kaya.
            Kita juga pastikan tidak ada lagi pesakit akibat kemalangan yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi, tidak perlu lagi khidmat anggota ambulan, bomba dan polis. Hasilkan negara yang bebas kemalangan.
            Kita pastikan anak didik generasi baru bebas penagih dadah. Penagih dadah memerlukan kos yang tinggi untuk mengubat mereka di pusat serenti serta pekerja yang memerlukan kos yang tinggi untuk menjaga kebajikan mereka di sana. Makan minum, tempat tinggal dan ubatan sampingan.
            Kita juga sama-sama memastikan anak-anak di sekolah bebas vandalisma. Mereka menjaga kerusi meja, tandas sekolah, pintu kelas dan barang-barang komputer yang disumbangkan oleh kerajaan hasil titik peluh kita sebahagiannya.
           






APA KAITANNYA PAK MENTERI YANG DI ATAS DENGAN KITA?

            Setiap menteri ada orang-orang bawahan yang menerima arahan. Orang bawahan pula bukannya seorang malah ramai dan bertingkat-tingkat pula jawatan dari penolong pengarah, setiausaha, bendahari dan pekerja-pekerja di dalam sektor masing-masing. Tidak ada menteri atau pengarah yang bekerja sendirian dan menentukan sesuatu tindakan secara bersendirian.
            Orang bawahan diberikan akal dan ilmu, yang terdidik menjadi ilmuan dan ahli dalam bidang masing-masing. Mereka yang akan menasihati atau sama-sama membuat keputusan di dalam semua tindakan orang atasan. Mereka juga boleh bekerjasama menidakkan sesuatu keputusan yang dianggap tidak wajar. Makanya jika semua jentera bergerak bersama secara telus dan jujur, tidak akan ada penyelewengan yang di heboh-hebohkan oleh rakyat pada masa kini.
            Dimanakah salah kita?

Rakyat yang memilih kepimpinan setiap musim pilihan raya. Makanya rakyat yang baik yang diredhoi Allah akan dihadirkan pemimpin yang adil dan bijaksana.
Namun sekiranya rakyat berperangai sebaliknya, makanya pemimpin yang baik ini akan di gelapkan Tuhan dari membuat keputusan yang bijak. Andaikata kita semua baik, tidak dihadirkan Tuhan pemimpin yang zalim untuk kita.
FIKIR FIKIRKAN.
Kita perlu sedar keilafan dan kekurangan diantara kita bukan dari pihak atas sahaja. Perbaiki diri kita, amalan, tindakan dan corak pemikiran kita semua sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan prihatin makanya Allah yang Maha Esa akan berikan pengakhiran yang baik untuk kita semua. Tuding satu jari ke hadapan maka tiga jari pula ke arah kita sendiri.
Sama sama kita menegur secara berhemah. Tegur menegur ke arah kebaikan dan bersabar serta berdoa untuk kesejahteraan semua.
Saya memohon pendapat pembaca dan menegur jika apa yang saya tulis ini salah. Penulisan ini hanyalah pendapat saya sahaja. Apa yang baik dari Tuhan yang Maha Mengetahui dan yang tidak baik dari kekurangan saya.



Friday 1 January 2016

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU


SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU


Kata kata aluan,

Assalamualailkum kepada pembaca semua,
            Untuk ibu bapa semua,
Dan anak-anak yang ingin memahami,
Saya tidak tahu untuk bermula dari mana kerana semuanya kelihatan tiada punca. Namun saya ceritakan dari pengalaman yang saya lalui.
Semoga pengalaman yang saya lalui dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita semua. Semua yang saya tulis, yang baik dari Allah Yang Maha Kuasa  dan yang tidak baik datangnya dari kelemahan saya sendiri. Saya memohon maaf jika ada apa-apa yang saya tulis menyentuh sanubari yang membuatkan hati tidak senang. Saya memohon semoga anda tidak salah faham.

SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU BAPA

Adakah benar kenyataan ini?
Bagi kefahaman saya sejak kecil ialah maksud syurga, iaitu syurga dunia di mana segala kemewahan seperti rumah yang besar, perabut yang mewah, kereta yang baik dan makanan yang lazat serta negara yang aman, bebas kemiskinan, penderitaan dan peperangan. Manusia semuanya hidup penuh kasih sayang dan mentaati perintah Allah s.w.t.
Syurga akhirat ialah semua yang di khabarkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan disabda oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Semua kanak-kanak yang pernah mendengar ungkapan Syurga di bawah tapak kaki ibu menyakini perkataan ini namun pendidikan yang membuatkan mereka terlalai atau terlupa maknanya yang mereka faham sejak kecil.
Ibu membelai anak-anak mereka. Doa yang anak akan ucapkan setiap kali mereka berdoa ialah “Ya Allah. Sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka menyanyangi daku semasa daku kecil.”

Rasulullah s.a.w mengatakan ibu, ibu, ibu kemudian ayah apabila ditanya oleh sahabat “siapa yang patut kamu taat?” Bermaknanya ulangan sehingga 3 kali. Perkara inilah yang menjadi titik tolak kenapa kita pada masa kini menghadapi kesukaran untuk mendapat syurga dunia....rumah, kenderaan, makanan, pakaian dan pasangan yang sempurna serta kehidupan yang tenang.
Jika kita bandingkan pada waktu 40 tahun dahulu, semua kemewahan dikecapi oleh orang-orang yang tertentu sahaja kerana amat sukar untuk membuat sesuatu pekerjaan yang terhad akibat kesan peperangan.
Kini semua jenis perniagaan terbuka luas, pekerjaan yang berbagai bidang samada di dalam dan luar negeri. Setiap waktu ada sahaja jutawan yang muncul, sehingga tidak terkira jumlahnya.
Yang sukar kini adalah billionwan, RM$1,000,000,000.00 yang mempunyai angka 9 kosong. Jutawan Malaysia semakin meningkat walaupun ekonomi gawat.













BAB 1

REZKI BERPUNCA KEMURAHAN KITA BERKONGSI DENGAN IBU DAN BAPA.


Selama yang saya ingat, saya sentiasa mengkaji ajaran guru agama yang mengajarkan saya tentang syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya juga melihat kaum India di dalam filem yang menunjukkan si anak menghormati ibu mereka dengan menyentuh kaki ibu mereka. Saya juga memerhati kaum Cina yang kebanyakan isteri akan berbakti kepada mertua mereka dan menganggap mertua sebagai ketua keluarga. Begitu juga orang-orang Pakistan yang menjadikan budaya ini sebati di dalam masyarakat mereka.
Namun sayang, kaum Melayu tidak sebegini. Ada segelintir tetapi amat sedikit. Maka saya membaca kisah kejayaan orang-orang yang diberi kekayaan dunia, bagaimana mereka melayan ibu bapa mereka. Saya juga mengkaji bagaimana kehidupan sahabat dan saudara terdekat saya.
Pencarian dan segala persoalan saya terjawab pada tahun sekitar 2014. Seorang pelajar di sekolah dikhabarkan telah menghadapi kesukaran untuk datang ke sekolah kerana tidak cukup wang tambang bas. Saya berjumpa dengan pelajar tersebut untuk menolongnya kerana  saya tidak mengajar beliau. Orangnya manis dan baik, berperangai lemah lembut. Tatkala saya belanja pelajar ini makan nasi lemak di kantin sekolah, beliau tidak menjamah nasi di hadapannya. Kamilah, bukan nama sebenar kelihatan tunduk. Saya tanya, adik beradik berapa orang, adik dah makan ke hari ni dan berbagai soalan lagi.
Rupanya Kamilah dan adiknya kadang-kadang 2 hari tidak makan, mengalas perut dengan air teh. Ibu dan bapanya sakit, kata Kamilah.
Semenjak hari itu saya akan membawa Kamilah ke kedai berhampiran rumahnya, memilih makanan yang beliau suka serta membeli barang keperluan dapur seperti beras, lauk dan sayur, gula garam dan gas untuk memasak. Dari perbelanjaan RM$100.00 menjadi jumlah RM$500.00.
Selang beberapa lama, wang terasa sempit dan kejadian tingkap pintu rumah homestay saya di Kulim terjatuh pecah serta bilik air yang rosak membuatkan saya terfikir. Pelik rasanya. Kebiasaannya jika menolong orang susah, rezki kita menjadi lapang.
Persoalan saya terjawab. Allah ketemukan saya untuk bertanyakan bapa Kamilah pada suatu petang di hadapan pintu pagar sekolah semasa beliau mengambil anaknya, Kamilah dari sekolah. Bapa Kamilah tidak dapat memohon wang Baitulmal kerana doktor tidak dapat mengesahkan punca penyakitnya. Dalam kata lain, beliau sihat walaupun sering sakit. Itu kata doktor.
Sebaik mendengar penerangannya, saya terus bertanya bapa Kamilah, bagaimana hubungan beliau dengan ibunya. Saya ceritakan kisah kehidupan orang yang murah rezki dan yang sempit rezki kepadanya mengikut layanan mereka terhadap ibu kandung mereka sendiri. Semuanya berkaitan dengan wang.
Alangkah terkejutnya saya apabila bapa Kamilah memberitahu saya bahawa salah seorang anaknya membaling pinggan kepada ibunya hanya kerana ibunya menyuruh anaknya membasuh pinggan.
Saya terus menasihati beliau supaya memohon maaf kepada ibu beliau. Beliau bernasib baik kerana ibu masih hidup, kata saya. Saya nasihati beliau supaya jangan sesekali benarkan anak-anak atau isteri meninggi suara, apatah lagi membaling pinggan kepada ibunya.
“Betul la cikgu. Ramai rakan saya yang kata perkara yang sama. Dulu saya hidup senang, perniagaan kami maju. Rumah kami mempunyai perabut yang baik dan hidup kami mewah. Tetapi lama lama hidup kami susah. Saya dan isteri saya sakit. Pernah teksi yang saya bawa tidak ada orang yang naik. Pelanggan naik teksi yang beratur di hadapan dan di belakang saya tetapi tidak naik teksi saya.”
Kini Kamilah tak perlu dibantu lagi.
Selepas kisah di atas, saya yakin sepenuhnya, kehidupan dan kemurahan rezki seseorang bergantung kepada bagaimana mereka melayan ibu bapa mereka sebaik mereka dikurniakan rezki oleh Tuhan Semesta Alam.
Pada bulan 7, 2015 ibu saya memberitahu kisah jirannya yang mempunyai anak yang terpaksa mengangkut semua perabut yang cantik-cantik ke rumah mertua isterinya. Amin jatuh bankrup, semua duit pampasan pekerjaannya beratus ribu ringgit di ‘tipu’. Perabut yang baik dan mahal terpaksa ditumpangkan ke rumah saudara mara kerana terlalu banyak.
Selepas mendengar berita ringkas ini dari telefon, saya terus bertanya soalan
“Bagaiman hubungan si suami tadi terhadap ibunya?”
Ibu saya bercerita pernah ibu Amin yang sakit meminta untuk makan buah. Amin menghulurkan potongan buah pada ibunya. Sebaik ibunya ingin mengambil buah dari tangannya, Amin secara sengaja menarik buah tersebut lalu memasukkan ke dalam mulutnya. Amin melakukan sedemikian berkali-kali sehingga ibunya menangis. Malangnya sebaik saya mendengar ibunya sudah meninggal dunia dan menganggap Amin belum meminta maaf, maka saya katakan,
“Ibu, jangan ambil tahu fasal anak ini lagi. Allah telah menutup pintu rezkinya.  Mungkin jika kita menolongnya, kita juga akan menanggung susah.”
Adakah saya zalim?
Entahlah. Saya mengalami pengalaman kedua iaitu
Sebaik sahaja saya menceritakan bagaimana Allah menutup rezki ayah Kamilah, dan rezki saya menjadi sempit, saudara saya mengalirkan air matanya. Isterinya menceritakan bagaimana adik iparnya, Salmah membaling parang pada mertuanya. Kini hidup Salmah dan suaminya amat susah. Walaupun mendapat harta pusaka berbentuk tanah getah dan rumah, namun dua anaknya menjadi penagih dadah. Salmah pernah menceritakan bagaimana anaknya yang penagih mencuri getah yang di torehnya untuk membeli dadah.
Pernah saya menjanjikan wang setiap bulan. Selepas mendengar cerita ini barulah saya teringat janji saya untuk memasukkan wang secara bulanan kepadanya tidak tercapai. Kehidupan saya selepas janji yang saya buat menjadi sukar.
Adakah ini secara kebetulan? Saya tidak pasti tetapi inilah yang terjadi.
Saya sudah baca dan lihat sendiri kehidupan seseorang yang berkongsi rezki dengan ibunya, pintu rezkinya akan terbuka luas, seluas mana yang anak-anak memberi rezki yang mereka dapat dari Allah SWT kepada ibu bapa mereka.
Maksudnya sekiranya seseorang anak yang mendapat seribu ringgit, dan seribu ringgit itu diberikan kepada ibunya samada untuk ibunya membesarkan rumah, memberi sedekah untuk orang miskin atau membeli barang keperluannya, maka rezki anak akan menjadi 100%. Peratusnya mengikut peratus pendapatan awal yang Tuhan berikan kepada mereka.

Kisah 1
Azeem Prenji, jutawan India berhenti belajar dalam pengajian ijazah sebaik sahaja ibunya menyuruh beliau menguruskan perniagaan bapanya yang baru meninggal dunia. Tanpa berfikir panjang beliau pulang ke India walaupun ijazahnya hanya memerlukan 6 bulan sahaja untuk tamat.
Kini beliau ialah jutawan paling kaya di India yang menetap di India dan menerima beberapa anugerah kedoktoran.
Kisah 2
Syeikh Al-Bukhari di awal peringkat kejayaannya, beliau membina sebuah rumah untuk ibunya manakala beliau sendiri tinggal di atas rumah kedai yang di sewa. Siapa yang diberi peluang berbuat demikian, termasuk saya sendiri?
Kisah 3
Orang kampung yang mencari pendapatan di Pulau Langkawi, bertekad untuk pulang ke kampung Sik Kedah, tinggal di rumah ibu bapanya dengan 2 orang anak yang masih kecil. Pendapatan awalnya digunakan seluruhnya untuk membesarkan rumah ibu bapanya tanpa memikirkan untuk tinggalkan sedikit bagi membina rumah sendiri. Kini rumahnya boleh diibaratkan seluas padang bola dengan rumah sewa dan perniagaan yang meningkat maju.
Percayakah anda bahawa orang-orang ini diberikan peluang perniagaan yang orang lain tidak sanggup lakukan. Adakah ini kebetulan atau Allah yang menutup hati orang lain dari ingin atau sanggup melakukannya? Perniagaan yang tidak ada pesaing? Pesaing yang tidak mahu atau menolak atau tidak nampak peluang atas peniagaan tersebut?
Pasti, Allah yang memberi rezki kepada hambanya yang tahu berbuat baik kepada manusia lain. Hambanya yang tahu mengenang budi.
Budi siapakah yang paling besar selain ibu bapa yang sanggup mengandungkan, melahirkan, menyusu, membesarkan, mendidik, mengasuh, mengajar, membela, membelai dan menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi? Tatkala si anak menangis ketakutan, tangan ibulah yang mengurangkan ketakutan. Tatkala si anak berduka cita, si ibulah yang mengembirakan.
Azim Prenji melakukan apa yang disuruh ibu tanpa mempertikaikan atau memikirkan ijazah yang perlu dilepaskan, yang menuntut 6 bulan sahaja untuk dihabiskan.
Tatkala usia yang muda yang buta ilmu perniagaan, rakan kongsi ayahnya mendesak supaya beliau melepaskan syarikatnya namun beliau cekal kerana menurut kehendak ibu tersayang. Beliau belajar sendiri teknik berniaga, berusaha ke University bertanyakan pensyarah dan membaca buku-buku untuk mendalami ilmu perniagaan.
Anak yang taat pada ibu ini Allah jadikan dunia tunduk kepadanya. Siapakah yang lebih berkuasa? Siapakah yang mengurus kehidupan kita di dunia? Siapakah yang menentukan kejayaan kita? Siapakah yang memakbulkan doa kita apabila kita memohon dan berdoa?
SEBAGAI IBU DAN BAPA, TERIMALAH PEMBERIAN ANAK.
Semuanya adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa. Jika itu yang anak-anak kita yakin semenjak mereka mengenal dunia, mengapa kita sebagai ibu bapa tidak menyakininya.
Ramai anak-anak yang ingin menyerahkan wang mereka, hasil titik peluh mereka kepada kita ibu dan bapa, tetapi kita menolaknya. Alasan akal yang kita berikan berbagai mengikut logik kita.
Sekiranya kita kaya, kita kasihan ke atas anak-anak kita yang mendapat pendapatan kecil dengan anak dan isteri yang perlu dijaga.
Sekiranya kita miskin, kita kasihan pada anak-anak kita yang masih muda yang memerlukan lebih dari kita. Kita merasakan kita sudah tidak perlukan kemewahan, kita selesa hidup susah maka kita sanggup berkorban demi melihat anak-anak kita senang.
Realitinya di sisi Allah yang Maha Esa, kita telah menyekat rezki anak-anak kita. Rezki yang terbuka dari langit yang pada sisi Allah amat kecil. Dunia dan segala isinya pada sisi Allah tidak ada nilainya, ibarat seperti sebelah sayap nyamuk. Tidak ada nilai sedikitpun.
Namun pada anak-anak yang menumpahkan segala rezki yang mereka ada pada kedua ibu bapa mereka, yang diberikan oleh Allah SWT, maka Allah jadikan dunia tunduk pada anak-anak tersebut.
Wahai ibu bapa semua, yakinlah, bantulah anak-anak kita. Percayalah, anak-anak yang baik ialah anak-anak yang sayangkan kita melebihi wang ringgit yang mereka perolehi hasil dari titik peluh mereka. Anak-anak ini menginganti saat saat kita bersusah payah membelikan mereka ais krim tatkala wang yang ada di tangan kita amat sedikit.
Kadang-kadang anak-anak tahu ibu mereka terpaksa tangguh pembayaran bil hanya kerana perlu membeli barang-barang persekolahan mereka.
Kadang-kadang anak-anak tahu kita terpaksa berhutang demi membeli lauk enak yang mereka minta.
Anak-anak kita sebenarnya bijak dan celik akal.
Ramai anak-anak yang mendesak ibu bapa memohon untuk membesarkan rumah kita, atau membelikan kita kereta baru, namun kita tolak.
Sebabnya kita kasihan anak-anak kita masih tidak mempunyai apa-apa. Anak-anak kita baru bermula kehidupan. Dan dalam sejarah kehidupan, penolakan kita itu adalah penutupan rezki anak-anak kita.
Kita tidak sedar apa-apa ketentuan yang Allah tentukan kepada hambanya.
Kita tidak yakin Allah pemberi rezki.
Kita tidak faham kemurahan rezki dari Allah atas kemurahan anak-anak memberi rezki yang mereka dapat kepada ibu bapa mereka yang bersusah payah membesarkan mereka.
Anak yang murah memberi pada ibu ini, Allah jadikan dunia tunduk kepadanya. Siapakah yang lebih berkuasa? Siapakah yang mengurus kehidupan kita di dunia? Siapakah yang menentukan kejayaan kita? Siapakah yang memakbulkan doa kita apabila kita memohon dan berdoa?
Semuanya adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa. Jika itu yang anak-anak kita yakin semenjak mereka mengenal dunia, mengapa kita sebagai ibu bapa tidak menyakininya. Jika anak-anak mencari keredhoan Allah dengan berbakti kepada ibu bapa mereka, mengapa kita tidak memberi mereka peluang?
Yakinlah, orang-orang yang dunia mengejar mereka adalah yang amat murah tangan memberi kepada kedua ibu bapanya.
Syurga di bawah tapak kaki ibu...dan syurga kita semasa di dunia ini adalah wang ringgit.
Ada anak-anak yang mendapat segala kenikmatan dunia, namun hidup dalam kehidupan yang sederhana. Mereka berbakti kepada ibu bapa mereka dengan melimpahkan semua rezki yang mereka ada pada keduanya. Akhirnya dunia di tangan mereka namun tidak di hati.
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI KITA.
Yakininya, maka mudahlah kehidupan anak-anak kita.











IBU BAPA YANG BAIK?
Saya sentiasa menceritakan bagaimana saya mendidik anak-anak untuk sentiasa memberi sebahagian rezki yang mereka perolehi kepada saya. Namun semua ibu bapa yang saya temui, mereka mengatakan saya seorang ibu yang zalim.
Namun setiap kali saya menceritakan kepada rakan-rakan sebaya saya bagaimana murahnya rezki anak yang melimpahkan wang yang mereka perolehi kepada ibu bapa mereka, ramai yang bersetuju.
Teramat banyak cerita ‘ajaib’ yang saya dengar yang saya ingin kongsikan kepada pembaca semua supaya kita dapat “membuka rezki anak-anak kita” dan rezki itu datang bertimpa-timpa dan wang yang ada tidak berkurang walau apa dan bagaimana mereka belanjakan.
“Saya beli produk susu ni dari menantu saya. Baik orangnya dan tidak berkira wang ringgit dengan ibu bapanya.”
Sebelum pulang ke kampung, menantu saya tanya apa yang tiada di rumah. Maklum ibu bapanya menoreh getah.
“Produk yang dijual oleh orang yang baik kepada ibu bapanya mungkin lebih berkat agaknya. Saya makan dan berkesan sungguh.”
Rakan yang lebih muda dari saya, beranak 4 ini mengiakan kata-kata saya dengan bersungguh-sungguh.
Najwa menceritakan bagaimana suaminya yang murah memberi kepada mertuanya. Dia dapat membeli rumah secara tunai, wang simpanan tabung haji anak mencecah RM$20,000.00 dan menang 3 hadiah(produk susu) termasuk kereta Grand Livina berharga RM$80,000.00.
“Orang tanya saya, saya ada simpan RM$7,000.00 sebulan ke? Saya kata pendapatan saya dan suami RM$7,000.00 sebulan sahaja. Mana mungkin saya dapat simpan sebanyak itu.”
Saya ulang, rezki yang Allah bagi pada kita, sebanyak yang kita bagi pada ibu bapa kita, sebanyak itulah yang Allah bagi pada kita.
“Tapi benarlah kak. Rezki kami berkat.”
Jika kita hendak 100% usaha kita diberkati, maka berilah rezki permulaan titik peluh kita 100%. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.

Seperti Syeikh Bukhari yang membuat rumah untuk ibunya, tetapi beliau hanya menyewa rumah kedai.

DULU SAYA JUGA SEORANG REMAJA.

DULU SAYA JUGA SEORANG REMAJA.
Saya tujukan penulisan  ini kepada gadis-gadis yang akan menempuh alam wanita supaya memahami betapa besarnya ganjaran kita sebagai wanita yang ditakdirkan Tuhan dapat menjalani kehidupan sebagai seorang isteri solehah.
            Tahukah anda bahawa seorang anak perempuan akan dijaga oleh abang dan bapanya serta ibunya dengan baik? Kemudian kita dikawal supaya tidak bergaul dengan rakan-rakan yang bebas tanpa sekatan? Kita diberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
            Kemudiannya kita dikahwinkan dengan pasangan yang kita suka? Kita dijaga pula oleh seorang lelaki yang baik digelar suami.
            Semua kehendak kita dipenuhi sebaik mungkin? Kita berhak meminta itu dan ini dan kita menjadi permaisuri dihati mereka?
            Maka dengan sifat lemah lembut kita dan budi bahasa kita, tutur bicara yang sopan dan perangai yang solehah, kita menjadi seorang permaisuri di dalam sebuah rumah tangga bahagia.
            Ini adalah satu kisah magis, kisah bidadari dunia.
            Makanya kita diberikan oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam untuk melahirkan anak-anak yang comel dan sihat.
            Kita pula diberikan kelebihan untuk menyusukan anak-anak kita dan seorang suami yang melayan kita dengan penuh kasih sayang. Alangkah indahnya dunia yang kita diami kini.
            Pertama sekali ialah kita tidak ditugaskan untuk mencari nafkah dan menjaga keperluan kewangan seseorang. Jika kita berduit sekalipun, semua duit atau harta yang kita ada hanyalah untuk kita.
            Sekiranya kita murah memberi kepada sesiapa sahaja, pemberian kita dikira sebagai sedekah. Alangkan beruntungnya kita sebagai seorang perempuan.
            Kedua, kita tidak ditugaskan untuk  mengemas, membasuh, menyusu atau apa sahaja kerja rumah tangga. Semua tugas tersebut perlu disediakan oleh seorang lelaki terhadap isterinya.
            Namun sekiranya kita dengan rasa rela hati ingin melakukan semua tugasan tersebut makanya ganjaran besar yang kita terima.
            Boleh dikatakan semua yang seorang wanita lakukan di muka bumi ini mendapat ganjaran yang besar yang tidak terhitung jumlahnya.
            Makanya seorang wanita beriman dibenarkan memilih mana-mana pintu syurga yang mereka ingin memasukinya.
            Seorang wanita solehah akan memasuki syurga lebih dahulu dari suaminya.
            Alangkah besarnya ganjaran yang akan kita terima hanya melakukan tugasan yang kita suka di dunia dan mendapat ganjaran yang besar di akhirat.
            Seseorang isteri yang bersembahyang di rumah beriman bersama-sama anak-anak perempuannya, dan suaminya bersembahyang berjemaah di masjid akan mendapat 27 + 27 ganjaran pahala. Rahimnya Allah kepada kaum wanita.
            Bagaimana saya melalui alam perkahwinan saya?

            Di sekolah, saya diajar aurat, amalan baik dan buruk seorang manusia pada manusia yang lain. Pembalasan di dunia dan di akhirat. Makanya saya ialah seorang manusia yang mengikut apa-apa yang tertulis.(A person by a book)
            Hidup ini bagi saya amat senang dan bahagia. Ikut sahaja panduan yang tertulis dan semuanya akan menjadi baik.
            Kedua, saya dilahirkan di dalam keluarga yang amat memahami kejadian manusia. Saya tidak dipaksa untuk menjadi sesuatu yang diimpikan ibu atau bapa saya. Maksud saya, saya dibenarkan untuk menentukan apa yang saya suka.
            Ibu tidak pernah mendesak saya untuk berjaya di dalam pelajaran. Saya dibesarkan dalam proses yang normal, belajar dan bermain sebagai seorang kanak-kanak. Sebaik sahaja saya bersedia untuk menjadi orang dewasa, maka ibu dan bapa saya membenarkan ianya berlaku.
ZAMAN KANAK-KANAK
            Zaman kanak-kanak saya seingat saya tidak ada apa-apa masalah yang memberikan gambaran yang tidak baik. Saya mempunyai adik-beradik yang ramai, dua lelaki dan dua perempuan. Saya gemar bermain-main dengan adik beradik saya. Kami akan ke mana sahaja bersama-sama. Ke padang permainan, ke klinik atau ke sungai untuk mandi manda atau memancing ikan bersama bapa saudara.
            Saya ditugaskan untuk menjaga adik-adik saya apabila ibu dan ayah saya keluar ke pekan. Saya amat sayangkan mereka.
            Zaman kanak-kanak saya berlalu dengan baik tanpa tekanan untuk terus tetap belajar sehabis waktu persekolahan.
            Ibu saya seorang suri rumah yang gemar membaca. Seingat saya, saya membaca majalah WANITA sewaktu saya masih di sekolah rendah. Majalah tersebut penuh dengan panduan untuk menjadi seorang wanita tanpa ruangan iklan yang banyak. Sehingga hari ini saya teringat membaca majalah tersebut tentang alam perkahwinan.
ZAMAN REMAJA.
Sebagai seorang anak.
Ibu saya seorang yang penyabar, sentiasa memberikan panduan berguna yang anak-anak lain sebut berleter.
            Saya akan sabar  mendengar semua leteran ibu dan memastikan semuanya berjalan dengan baik. Maksud saya, sekiranya ibu saya berleter tenang sesuatu perkara, saya akan cuba untuk memenuhi kehendak ibu saya untuk memastikan ibu saya berpuas hati dan tidak akan berleter perkara yang sama di lain masa.
            Ibu saya pentingkan soal kekemasan rumah tangga. Makanya saya akan tetap pastikan setiap hari di awal remaja saya untuk sentiasa kemas rumah. Apabila saya mengemas katil, saya pastikan adik-adik kecil saya tidak akan duduk atau tidur di atas katil sehingga menjelang malam.
            Saya akan menyapu rumah dan pastikan rumah sentiasa bersih.
            Saya juga akan membasuh pakaian dan pastikan semua pakaian kotor dibasuh. Tabiat semula jadi saya ialah saya akan rasa bahagia jika semua ampaian penuh dengan kain. Sekiranya saya dapati masih ada ruang kosong, saya akan masuk ke rumah dan mengutip kain-kain yang tergantung lalu membasuh dan menjemur kain sehingga ampaian penuh.
            Saya juga gemar menyusun kain yang dijemur mengikut saiz dan jenis. Makanya ampaian akan nampak kemas dan tersusun.
            Sekiranya semua kerja membasuh dan mengemas siap(kain kotor tidak banyak), saya akan pergi ke rumah nenek saya yang jaraknya 200 meter. Saya akan makan nasi lebihan semalam. Kemudian saya akan membasuh semua pinggan yang ada di lantaian(seperti sink pada masa kini). Lantaian sink adalah dari papan papan yang dipaku jarang setinggi pinggang kita. Semua baldi air, periuk dan pinggan disusun di sudut lantaian tersebut.
            Saya akan memenuhkan baldi dengan air dari perigi yang berada berhampiran sebelum pulang ke rumah. Saya tidak tahu mengapa saya lakukan khidmat kepada nenek saya. Saya tidak ingat siapa yang suruh atau apa yang menyebabkan saya rajin membasuh pinggan dan mengisi baldi dengan air.
            Apa yang saya tahu adalah saya suka berkhidmat kepada orang yang saya sayangi. Mungkin guru di sekolah yang mengajar saya, atau mungkin ibu saya.
           
Persoalan Cinta.
            Kedua saya akan patuh kepada ajaran agama. Salah satu ajaran yang saya patuh ialah tentang pergaulan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Makanya saya akan pastikan saya hanya akan berhubung, bercakap, bercinta sebaik sahaja seseorang lelaki itu suami saya. Maksudnya saya akan bercinta selepas berkahwin.
            Setiap manusia akan tentukan apa yang mereka hendak dan akan mencari bukti atau cerita untuk meneguhkan apa-apa pegangan atau kepercayaan yang mereka telah tetapkan.
            Makanya saya menetapkan untuk bercinta selepas berkahwin dan semua cerita cinta yang saya dengar, saya akan scan tentang cinta selepas berkahwin. Saya akan menonton filem cinta dan fokuskan cerita yang mengisahkan seseorang yang berbahagia dengan suami yang dikenali selepas berkahwin.
            Semua hadits atau ayat-ayat Al-Quran juga saya akan fokuskan fikiran dan minda saya kepada ayat-ayat atau pesanan tentang jodoh di tangan Tuhan. Seseorang yang baik ialah untuk orang yang baik dan seseorang yang tidak baik ialah untuk seseorang yang tidak baik.
            Bagi saya inilah kehidupan yang saya maksudkan. Kehidupan yang dilalui tanpa onak dan duri.
            Sememangnya saya bernasib baik kerana dilahirkan dalam keluarga yang ‘aman damai’. Tidak ada pergaduhan atau pertengkaran. Saya juga tidak menghiraukan sesuatu yang saya rasa tidak perlu saya risaukan. Kehidupan saya bertumpu kepada ‘sentiasa berbuat baik dan balasan baik kita akan terima’.
           




ZAMAN REMAJA
Nikmati zaman remaja anda. Anda tidak perlu fikir masalah orang-orang dewasa seperti membayar bil air, bil elektrik, nak beli rumah di mana atau masalah lain.
            Apa yang anda perlu fikirkan adalah pembelajaran anda di sekolah. Sekiranya anda sering gagal di dalam peperiksaan dan tidak pernah lulus sejak anda di bangku sekolah rendah, jangan salahkan diri anda. Bersyukur anda masih diberi mata yang dapat melihat, telinga untuk mendengar, lidah untuk makan makanan yang sedap-sedap, tangan untuk memegang dan kaki untuk berjalan.
            Fikirkan mangsa perang yang hilang ahli keluarga, rumah dan harta benda. Bersyukur atas apa jua yang anda ada.
            Saya tidak pernah fikirkan apa-apa semasa saya kecil kerana saya bertuah mendapat ibu bapa yang tidak pernah bertengkar. Memang mereka ada konflik rumah tangga yang menyebabkan mereka bercerai dikala mendapat dua cucu. Namun mereka tidak pernah menunjukkan keadaan yang dapat memberi kesan yang tidak baik kepada saya.
            Jika anda membaca novel yang saya tulis, “Dilema Melayu: Pencarian dan Perjuangan.” Anda akan faham keadaan ibu saya yang tabah menghadapi ujian hidup yang amat berat, namun demi anak-anak tersayang, beliau tabah menghadapinya. Dan disebabkan doa orang-orang yang teraniaya, semua anak-anaknya berjaya, atas doanya...berjaya di dalam pelajaran.
            Saya di besarkan di dalam keluarga yang sibuk. Seingat saya, saya amat bahagia sewaktu kecil. Ibu dan bapa membesarkan saya dengan penuh kasih sayang, ada binatang kesayangan, arnab(walaupun mati selepas beberapa waktu), bermain bersama adik beradik, membesar dan belajar seperti kanak-kanak lain.
            Kehidupan kanak-kanak saya tanpa tekanan dari ibu bapa.
            Kehidupan remaja juga tiada tekanan. Saya memilih untuk menolong ibu saya berniaga sewaktu umur saya meningkat 13 tahun. Pelajaran menjadi kehidupan nombor dua saya.
            Guru agama mengajar saya “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Maka saya membantu ibu saya dalam bentuk tenaga. Sebaik saya belajar ke Amerika dan mendapat pendapatan(Biasiswa) saya kongsi dengan ibu saya iaitu 1/3 dari wang saya, saya berikan kepada ibu saya.
            Sebaik berkahwin pada usia 19 tahun di Amerika, pada tahun pertama pengajian saya, saya berhenti memberi wang kepada ibu kerana seorang wanita yang telah berkahwin “Jika dibenarkan seseorang menyembah makhluk yang lain, maka akan disuruh isteri menyembah suaminya.”
            Maka ketaatan dan keredhoan saya pada suami, dan keredhoan suami pada ibunya.
Maka kalau di catat dalam bahasa  saya taat suami dan suami taat ibunya.
            Saya bertanyakan ibu selepas beberapa puluh tahun berkahwin, mengapa ibu saya membenarkan saya berkahwin sebaik sahaja saya meminta kebenarannya melalui telefon, ibu saya menjawab
            ”Jika seseorang kanak-kanak umur 9 tahun dipaksa untuk berkahwin, mereka akan menolak dan menangis kerana tidak mahu. Tetapi jika seorang anak yang dewasa meminta untuk berkahwin, bermakna mereka sudah bersedia.”
            Itu jawapan dari ibu saya.
BAB 1
JADILAH ANAK YANG TAAT.
Jadilah anak yang taat pada perintah agama dan ibu bapa. Ibu bapa anda adalah jalan anda untuk mendapat syurga dunia dan syurga akhirat.
            Syurga dunia adalah duit yang banyak, rumah yang besar, kereta yang selesa, kesihatan,  pasangan yang baik dan anak-anak yang membahagiakan.
            Duit boleh di dapati dengan berbagai cara yang halal. Berniaga atau bekerja sebagai pekerja atau meminta.
            Yang pasti saya memilih untuk tidak meminta. Tuhan menjadikan manusia ada yang suka meminta. Namun saya memilih untuk menjadi orang yang lebih mulia, tangan yang di atas lebih mulia dari tangan yang di bawah.
            Kita dibolehkan untuk menjadi peminta sebab orang yang meminta ini mungkin Tuhan tidak memberinya peluang untuk bekerja kerana ibu bapa sakit, dirinya sakit, tidak berkebolehan, mangsa aniaya atau berbagai sebab yang kita tidak tahu.
            Memandangkan saya diberi peluang untuk belajar, maka saya belajar. Ramai yang tidak diberi peluang untuk belajar kerana ketiadaan ibu bapa, kemiskinan atau sebab-sebab yang kita juga tidak tahu.
            Makanya saya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk ke sekolah.
            Saya dilahirkan di dalam keluarga yang mempunyai bapa yang gemar menghabiskan masa berjalan-jalan dengan rakan-rakan. Namun saya tidak pernah menyedarinya. Apabila dewasa dan mempunyai keluarga barulah saya mengetahui perkara sebenar dari ibu saya. Itupun sebab ibu dan bapa saya bercerai. Maka ibu mahu memberikan penerangan kenapa perceraian berlaku.
            Bapa saya jarang berada di rumah. Bila saya tanya beliau menjawab “Pengaruh bapa mertua, pengaruh rakan-rakan...”
            Jika anda membaca buku Abdullah Munsyi yang menceritakan sejarah asal orang-orang Kelantan yang suka bermain wau, berlaga ayam, bermain dam, berpolitik di kedai kopi, bertanding burung paling bagus, bertanding suara cengkerik paling merdu, mendengar ceramah agama di masjid dan surau, berpeleseran di luar kota, dan aktiviti luar yang lain anda akan faham. Aktiviti luar selain bersama anak-anak dan isteri di rumah sudah menjadi satu budaya, darah daging mereka.
            Saya tidak bermaksud seratus peratus, namun ianya budaya. Anda dijemput datang ke Kelantan dan tinggal selama satu atau dua minggu dan anda akan dapati tidak ramai peniaga lelaki di pasar Khadijah atau tidak ramai kaum perempuan di luar rumah berpeleseran.
            Bandingkan suasana di Kedah. Ianya berlainan sama sekali.
            Atau di negeri lainnya.
            Saya akan membantu ibu di kedai runcit sebaik pulang dari sekolah. Saya seorang remaja, saya juga mahu berpasangan, namun saya tahu Tuhan tidak benarkan berpasangan sebelum berkahwin. Makanya saya tunggu saya akan bercinta selepas saya berkahwin. Makanya saya menolak sama sekali untuk rapat atau cuba-cuba rapat dengan rakan-rakan lelaki.
            Jadinya saya pilih untuk berkhidmat di rumah, menolong ibu saya. Satu aktiviti yang berfaedah dan disukai Tuhan. Saya ambil peluang menolong ibu saya di rumah kerana ungkapan “Syurga di bawah tapak kaki ibu.” Saya mahukan syurga dunia, maka saya pilih untuk berkhidmat kepada ibu saya sepenuhnya.
Sejak bersekolah rendah kita sudah melihat pasangan suami isteri yang bahagia melalui ibu bapa kita, guru-guru, ibu bapa rakan-rakan kita, cerita dari filem yang kita lihat dan bahan bacaan yang kita baca.
            Semuanya memberikan maklumat kepada kita bagaimana kehidupan pasangan yang bahagia.
            Agama juga mengatakan, orang yang baik adalah untuk orang yang baik dan sebaliknya.
            Maka saya dan anda juga faham, jika kita hendakkan pasangan yang baik, maka kita perlu berbuat baik. Tidak ada cara lain lagi yang dapat kita lalui. Maka dengan ajaran ini saya yakin pasangan saya adalah cermin diri saya, amalan pasangan saya adalah cermin amalan saya.
             
            Bagaimana saya menghabiskan masa remaja saya?
            Saya tidak tahu keadaan anda sebagai seorang remaja, namun anda boleh jadikan apa yang saya lalui sebagai panduan berguna.
            Kini umur saya sudah 51 tahun, mempunyai 13 anak-anak yang baik dan sempurna dan 2 orang cucu.
            Kisah cinta saya amat mengkagumkan saya. Maklum saya bercinta selepas berkahwin. Saya akan ceritakan pengalaman saya di rumah sebelum saya menyambung pelajaran ke luar negara dan berkahwin di sana dengan restu kedua ibu bapa saya.

BAB 2
MEMBANTU IBU DI RUMAH.
            Saya mula membantu ibu berniaga waktu saya berumur 13 tahun. Saya mula memasak untuk keluarga sepenuhnya pada usia 14 tahun.
            Sebaik pulang dari sekolah yang jauhnya 10 minit perjalanan, saya terus ke dapur untuk masak nasi. Mula-mula saya nyalakan dapur arang untuk masak air minuman. Apabila air masak, arang yang membara saya gunakan untuk membakar ikan tawar atau ikan bakar kunyit.
            Nasi saya tanak dahulu sebelum menyiang ikan. Kemudian saya masak ikan singgang(ikan rebus berempah bawang putih, lada hitam, serai di ketuk, ketulan kunyit,  asam gelugur garam dan perisa tambahan yang dibenarkan).
            Saya menghidangkan ulam timun atau kobis mentah atau kacang panjang atau daun kangkung mentah.
            Hidangan di lengkapkan dengan budu dimasukkan asam limau dan lada.
            Selepas selesai menghidang, saya akan terus menjaga kedai manakala ibu dan ayah saya menikmati makanan tengahari yang saya hidang. Selesai mereka makan, giliran saya untuk makan.
            Saya akan mengemas dapur lalu terus ke sekolah, masuk ke library dan membaca buku rujukan. Adakalanya jika saya dapati buku di library baik untuk rujukan masa lapang saya di rumah, saya akan meminjam buku tersebut. Ada beberapa pelajar yang berebut untuk meminjam buku rujukan sains yang tebal.
            Hobi saya di waktu lapang, di kala pelanggan kurang, waktu 3 hingga 4 petang, saya akan membuat latihan matematik dari permulaan muka surat sehingga ke depan. Tidak ada yang saya tinggalkan walaupun soalan di dalam buku matematik senang. Semuanya saya buat sendiri untuk saya lebih mahir dan faham.
            Pada pukul 4 petang saya akan mula membasuh pakaian keluarga untuk dijemur pada keesokan pagi sebelum saya ke sekolah. Saya akan mengambil air dari perigi yang ada di dalam rumah yang dikongsi dengan jiran sebelah.
            Dinding rumah kedai yang kami duduki merentangi bahagian tengah perigi. Inilah sumber air utama kami untuk minum dan mencuci.
            Pada waktu malam, saya akan mengemas rumah sebelum tidur dan kadang-kadang membuat ulangkaji pelajaran. Saya tidur pada pukul 9 malam, waktu tidur yang ditetapkan oleh ibu saya.
            Saya akan sediakan sarapan untuk keluarga, sering nasi goreng, menu utama keluarga. Kami amat gemar makan nasi pada waktu pagi. Saya akan membawa bekal nasi goreng untuk jimat wang belanja.
            Kain sekolah saya sering basah di bahagian bawah kerana saya menjemur kain yang perlu diperah terlebih dahulu. Tidak ada mesin membasuh pada waktu itu.
            Inilah rutin harian saya. Pada musim sukan, saya akan dipanggil guru untuk wakil rumah. Maklum saya didapati berlari laju tetapi tidak dapat menandingi pelajar yang mewakili sekolah.
            Saya amat gembira dengan kehidupan saya, membantu ibu adalah keutamaan saya disamping belajar dan melakukan aktiviti sekolah.
            Saya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan PMR yang dipanggil SRP yang kini dipanggil PT3.
            Saya memohon pada ibu untuk menyambung pelajaran ke asrama kerana saya dapati berniaga tidak mengembirakan saya.
            Saya kata tidak mengembirakan kerana saya akan dimarah jika makan choklat. Maklum remaja, siapa yang tidak suka choklat.
            Kedua ibu saya tidak mengupah saya, maksudnya saya tidak tahu berniaga amat menguntungkan.
            Ketiga, saya sering mendengar ibu saya cakap pada rakan-rakannya, jika anak-anaknya tidak lulus periksa, maka mereka akan jaga kedai. Saya anggap ini sebagai hukuman. Maka saya tekad untuk belajar dan berjaya di dalam pelajaran. Saya hanya faham pada waktu itu bahawa berniaga tidak dapat wang dan bekerja makan gaji akan dapat wang. Entahlah, saya membuat andaian sendiri.
            Ibu juga tidak galakkan saya berniaga.
            Setiap kali saya makan choklat atau biskut, saya akan dimarahi. Tiada upah selama saya bekerja menolong ibu saya. Saya andaikan berniaga tidak memberikan pulangan atau keuntungan yang banyak.
            Ibu saya berniaga siang dan malam, tetapi ayah saya bekerja dapat berehat dan tidur di kedai. Makan angin bila cuti sekolah.
            Sebaik saya masuk ke sekolah separuh asrama di SMK Sultan Sulaiman ke tingkatan empat di Kuala Terengganu, lebih kurang 70 kilometer dari rumah saya di Alor Lintang Besut, ibu saya menjadi egen aiskrim Magnolia bagi daerah Besut. Ibu saya mempunyai 4 penjaja aiskrim yang menjaja dengan basikal ke serata Alor Lintang.
Namun kedai terpaksa di tutup dua tahun kemudian. Ibu saya memberitahu selepas itu yang ayah saya sering menggunakan kereta untuk berjalan-jalan berhari-hari, satu-satunya kenderaan yang ibu saya gunakan untuk menghantar ais kerim kepada pelanggan.
Sebaik sahaja saya selesai ke tingkatan 5, saya belajar di Matrik selama sebulan sebelum menyambung pelajaran ke Amerika.








Tahukah anda bahawa saya membasuh kain pada waktu petang tanpa ada mesin basuh. Ini bererti saya membasuh kain dengan menggunakan tangan. Air juga tidak ada air paip. Kami sekeluarga menggunakan air dari telaga atau perigi untuk membasuh dan sebagai air minuman.
Kehidupan remaja saya amat mengembirakan saya. Tidak ada kesedihan yang saya rasai kerana saya seronok melakukan kerja harian dan ke sekolah.
Ibu membelikan apa sahaja yang saya inginkan. Saya dibelikan kasut roda untuk bermain-main di dalam kedai sambil berjual beli. Saya juga berpeluang belajar bahasa Inggeris secara pos dari Singapura.
Pada hari minggu, ibu dan bapa serta keluarga pergi melawat saudara atau berkelah. Saya merasa amat gembira walaupun ayah kandung saya sering memulakan tabiat lama beliau untuk bercanda di negara jiran. Ibu saya cekal dan tidak pernah meluahkan segala kepayahan, kesedihan dan kehinaan yang dirasakannya dari pengetahuan saya dan adik beradik yang lain.
Kehidupan saya normal tanpa apa-apa gangguan dari goyahnya sifat kebanyakan kaum bapa di pantai timur yang termasyur dengan sifat kelelakian mereka dan sifat kejantanan mereka untuk tidak menolak setiap ajakan rakan-rakan untuk berpeleseran ke hampir seluruh tanahair.