Badan dan perasaan.
Badan berkait rapat dengan perasaan kita, akal kita dan semua perkara yang kita fikirkan.
Terdapat tujuh sense atau daya komunikasi otak dengan badan manusia iaitu rasa, sentuh, bau, dengar, lihat, fikir dan perasaan: dari enam sense tambah lagi satu menjadi tujuh.
RASA
Lidah adalah organ badan untuk merasa makanan. Enzim akan dirembeskan untuk memproses makanan atau minuman yang dimakan. Makan makanan yang baik dan seimbang untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin: membesar, membaikpulih dan menyelamatkan diri dari hidupan asing-virus atau kuman.
SENTUH
Kulit pada badan mempunyai deria untuk memberikan rasa seronok, selesa, atau kesakitan. Telatah kanak-kanak yang menggosok badan kawannya dapat memberikan rasa seronok kepada mereka. Seorang ibu yang mengusap badan anaknya akan membuatkan anak tadi merasa selesa. Tangan yang melecur akan memberikan rasa sakit kepada pemiliknya. Kebaikan rasa sakit akibat terjatuh memberikan ingatan kepada kita untuk sentiasa berhati-hati setiap kali melakukan sesuatu aktiviti lasak.
RASA
Kita makan dan lidah dapat memberikan rasa masin, tawar, manis, pahit, kelat, pedas, payau dan masam. Makanan yang diambil akan di’jana’ oleh otak untuk di’olah’ oleh manusia. Setiap manusia memberikan pendapat yang berbeza tentang isu sedap atau tidak pada sesuatu makanan. Ramai orang Asia menyatakan rasa pedas itu sedap dan nikmat. Orang Amerika pula kebanyakannya menyukai makanan yang manis dan berlemak. Orang Cina menyatakan makanan yang dikukus itu sedap dan menyelerakan. Orang Jepun pula menyukai makanan mentah: ikan atau daging mentah yang digelar sushi.
SENTUH
Kebanyakan kita amat menyukai sentuhan lembut dan manja. Seorang kanak-kanak yang sedang menangis akan terus terdiam sebaik sahaja orang dewasa mengusapnya lembut. Seorang dewasa akan merasa tenang sebaik disentuh lembut oleh kaum yang berlainan jantina dengannya. Normal bagi seseorang dewasa merasa tenang dengan sentuhan tersebut. Perkahwinan menghalalkan perhubungan lelaki dan wanita. Setiap manusia menginginkan perhubungan baik secara betul dan benar: perasaan tenang ujud yang dapat melahirkan masyarakat harmoni dan aman.
BAU
Buku “How to Boost Your Brain Power’(Bagaimana untuk meningkatkan keupayaan otak) menyatakan bau tertentu dapat menwujudkan perasaan berbeza kepada manusia. Anda boleh memilih jenis bau dan terbukti bau yang anda pilih dapat membangkitkan berbagai perasaan pada seseorang samada tenang, gelisah, risau, marah, lapar atau selesa.
Setiap bau yang kita hidu samada wangi, sedap atau busuk dijana oleh otak. Bau yang wangi membuatkan badan terasa senang dan selesa. Bau yang sedap membuatkan perut merembeskan asid bersedia untuk mencerna makanan yang dihidu. Kita akan terasa lapar dan perut mula meminta untuk diisi. Bau yang busuk memberikan perasaan tidak selesa dan gelisah.
DENGAR
Pendengaran memberikan input komplek kepada manusia. Manusia normal dapat memdengar, memahami dan menghuraikan maksud perkataan di dalam otak yang kemudiannya memberikan tindakbalas pada manusia. Perkataan positif yang diucapkan oleh pengucapnya akan memberikan reaksi positif kepada badan pengucapnya. Begitu juga kesan yang sama berlaku kepada pendengar yang lain.
Setiap pertuturan yang kita keluarkan, kita akan dengar begitu juga orang lain. Perkataan negatif yang kita dengar membuatkan badan kita bertindak mengikut apa yang kita dengar. Otak memproses setiap patah perkataan yang didengar dan sel-sel badan akan bertindak balas mengikut erti perkataan tersebut.
Setiap butir perkataan yang didengari akan dijana oleh otak. Sel badan akan bertindak mengikut perkataan yang didengar. Bagus, bijak, pandai, bertanggungjawab, rajin, baik atau semua perkataan lain yang baik apabila didengar akan membuatkan seseorang terdorong untuk melakukan perkara baik yang mereka dengar. Begitu juga perkataan negatif. Kita akan dapat melihat ramai manusia yang terdorong dan merasa selesa untuk berbuat jahat! Mengapa? Adakah perkataan negatif terjana di dalam otak mereka membuatkan mereka merasa lebih gembira untuk melakukan perbuatan negatif yang mereka dengar?
to be continued.....