Thursday, 24 November 2011

Manual Penjagaan Anak

Kita boleh tentukan rupa anak kita.!?

Tiga cerita benar.

Cerita pertama.
Sewaktu mengandungkan anaknya, nenek saya terkejut semasa terlangkah satu anak patung di rumahnya. Anaknya, ibu saudara saya, dilahirkan seiras dengan anak patung tersebut: berdahi bonjol ke depan, mata bulat ke dalam dan pipi timbul dengan bibir nipis. Kulitnya licin, putih dan gebu! Orang-orang tua kata terlekat ‘badi’ dimana ingatan pada sesuatu objek tidak pernah hilang dari ingatan.

Cerita kedua.
Seorang kawan rapat saya menceritakan tentang rupa anaknya yang seiras dengan gambar yang sering ditatapnya semasa mengandungkan anaknya yang kedua. Gambar seorang anak orang Arab yang cantik dan comel.

Cerita ketiga.
Seorang guru sekolah rendah mengaku teramat bencikan seorang anak muridnya di sekolah tempatnya mengajar. Sepanjang tempoh mengandung beliau terpaksa berdepan dengan pelajarnya yang bemasalah ini: teramat nakal. Anak yang dilahirkannya seiras dengan rupa pelajar yang dibencinya tadi.

Sebuah buku bertajuk The Miracles of Hormones(Keajaiban hormon) yang ditulis oleh Harun Yahya, menerangkan bagaimana fungsi hormon di dalam badan. Sel dan hormon badan manusia bertindak balas dengan emosi dan fikiran seseorang. Sel membahagi dua dan hormon bertugas sebagai pemangkin yang menjana makanan yang diambil oleh badan. Perasaan gembira, marah, suka, riang, sedih, benci dan berbagai perasaan yang timbul di dalam fikiran manusia mengakibatkan semua organ dan sel badan bertindak mengikut fikiran kita.

Seseorang ibu dipercayai dapat memilih rupa anak mengikut kehendak mereka sendiri. Rupa yang ditetapkan samada disukai atau tidak seakan sudah ter’program’ di dalam minda dan sel badan serta hormon akan bertindak untuk membentuk bayi mengikut ‘imbasan’ otak tersebut.

Perasaan sedih, risau, marah, benci atau terkejut boleh  mengakibatkan badan merembeskan bahan yang tidak baik untuk badan.
Perasaan gembira, riang, bersyukur, reda, tenang atau suka amat baik untuk badan.

KESIMPULAN
Ibu mengandung- makan makanan seimbang dan berfikiran positif untuk mendapat anak yang sihat. Pilih rupa bayi yang anda gemar dan tatapilah ia.


Yang baik dari Tuhan yang Maha Kaya dan yang tidak baik itu dari kelemahan saya sendiri.

Terima Kasih.

Norlaila Yusof.

No comments:

Post a Comment