Wednesday, 25 February 2015

Situasi 9 tahun lepas.

Situasi 9 tahun lepas.


Tindakan yang saya lakukan selama 9 tahun bertugas. Suasana di kawasan sekolah pada 9 tahun lepas.  


Situasi 1.


Sebaik loceng berbunyi menandakan waktu pengajaran dan pembelajaran anda tamat, pelajar terus berlari keluar berkejaran mengelilingi pokok di luar kelas Peralihan. Anda terpaksa menghalau mereka masuk ke kelas sekiranya anda ditugaskan mengajar kelas tersebut. Ramai guru yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Kedengaran perkataan “monkey” dari mulut kebanyakan guru. Saya mula memikirkan cara untuk memastikan mereka berada di tempat duduk sebaik saya masuk kelas. “Sesiapa yang tidak berdiri di tempat duduk sebaik saya masuk, saya akan catatkan nama kamu. Jika berulang banyak kali, saya akan hukum kamu.” Percayalah, pelajar yang paling banyak membuat kesalahan dan yang paling lambat berdiri di tempat duduk adalah pelajar yang paling nakal. Anda berjaya mengawal kelas jika anda dapat ‘mengawal’ pelajar nakal ini sepenuhnya. Pada kebiasaannya pelajar ini tidak akan membuat latihan yang diberikan, bising, suka membuat kacau dan pelajar bermasalah. Kawal pelajar ini betul-betul. Maksud ‘mengawal’ ialah dengan mengambil tindakan tegas dan jika masih tidak berubah, pastikan pelajar nakal ini berhenti sekolah. Keadaan kelas akan bertambah baik. 


 Situasi 2.


Pelajar keluar kelas tanpa ‘pas keluar’. ‘Pas keluar’ ini dipegang oleh setiap guru. Pelajar akan dapat keluar hanya dengan menggunakan pas keluar. Satu pas satu pelajar dan seorang guru diberikAn satu pas sahaja. Mereka tidak menghiraukan amaran guru disiplin dan guru-guru dileteri hampir sepanjang waktu mesyuarat kerana tidak menjalankan tugas, menegur pelajar yang keluar tanpa pas. Setiap kali guru disiplin menegur pelajar yang tiada pas keluar di kawasan sekolah, beliau  menanyakan pas dari pelajar, memberi teguran dan menyuruh pelajar tadi pulang ke kelas tanpa merotan mereka. Guru disiplin dibenarkan membawa dan menggunakan rotan.Sebaik sahaja guru disiplin berlalu, pelajar tadi keluar dari arah mereka beredar dan terus ke tempat yang dituju kerana guru disiplin sudah berjalan ke arah lain. Saya mencadangkan setiap kali pelajar keluar tanpa pas, mereka perlu dirotan terus tanpa amaran lagi.Kini tiada lagi pelajar yang secara suka-suka keluar kelas tanpa ‘pas keluar’.




Situasi 3.


Pelajar tidak memakai baju dengan kemas, iaitu membiarkan baju terjelir keluar. Mereka sepatutnya memasukkan baju ke dalam seluar. Guru disiplin menyuruh pelajar memasukkan baju, menasihati pelajar dan berlalu. Sebaik membelakangi guru disiplin, mereka terus mengeluarkan baju keluar.Kesalahan ini tidak boleh diambil ringan kerana pelajar ini perlu dikategorikan sebagai ‘mencabar dan melawan’ peraturan sekolah secara terbuka.  Saya mencadangkan pelajar terus dirotan kerana kesalahan ini sepatutnya tidak berlaku. Kini tidak ramai pelajar yang berpakaian demikian. Sekiranya saya dibenarkan menggunakan rotan, saya tidak akan teragak-agak merotan mereka kerana kesalahan demikian dikira sengaja. Hari kedua ke sekolah, pelajar sepatutnya sudah maklum cara berpakaian di dalam sekitar sekolah. Kesalahan sama seperti di atas iaitu sebagai kesalahan ‘mencabar dan melawan’ peraturan sekolah secara terbuka.  


Situasi 4.


Semasa saya sedang mengajar, saya dapati beberapa pelajar dari tingkatan dua mengumpulkan beberapa pelajar dari tingkatan satu di satu sudut. Mereka semua sememangnya terdiri dari pelajar bermasalah yang sering menganggu kelas. Saya dapat melihat mereka sibuk berbincang tentang sesuatu. Saya pasti pelajar yang lebih tua ‘mengajar sesuatu’ kepada pelajar yang muda, dari tingkatan 1. “Puan, saya pasti pelajar-pelajar senior melatih pelajar junior sesuatu. Saya akan dapatkan nama mereka dan berikan kepada Puan. Saya harap Puan mengambil tindakan tegas terhadap mereka sebelum perkara lebih buruk berlaku. Pelajar tingkatan dua keluar kelas beramai-ramai mengumpulkan beberapa pelajar muda dari kelas yang berlainan.” Saya memberikan cadangan kepada Penyelia petang. Pernah seorang pelajar yang berbadan kecil amat berani membuli rakan sekelasnya dengan mengambil meja dari salah seorang pelajar yang berperangai baik dan pendiam. Selepas mendapat laporan tentang kes buli ini saya ke kelas dan kelihatan seorang pelajar duduk dikerusinya tanpa meja. Saya menyerahkan meja kepadanya dan pulang semula ke kelas untuk menyambung tugas saya mengajar. Beberapa puluh minit kemudian saya mendapat laporan kes yang sama dari kelas yang sama melibatkan pelajar yang sama. Saya tertanya bagaimana seorang pelajar yang berbadan paling kecil dengan raut wajah yang mulus berani membuli rakannya. Pelajar lain tidak berani berbuat apa-apa! Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali yang membuatkan saya naik marah, terus membawa pelajar pembuli tadi berjumpa dengan pengetua. Setelah puas menerangkan apa yang berlaku dan pelajar tadi juga ‘naik angin’ dan menuturkan perkataan yang tidak sepatutnya, beliau di hukum dengan hukuman yang berat. Saya pernah bertembung dengan pelajar pembuli ini di luar bilik disiplin. Siapa sangka seorang kanak-kanak tingkatan satu yang bermuka mulus bertindak sedemikian. Beliau pandai berlakon di hadapan guru disiplin dan sering terlepas dari menerima hukuman sehinggakan beliau naik lemak. Saya yakin beliau mendapat ‘perlindungan’ dari pelajar tingkatan dua! 



Situasi 5.


Kata-kata dari guru disiplin seperti “Puan sering menghantar pelajar bermasalah kepada guru disiplin. Kenapa tidak dapat kawal sendiri?” Sedangkan pelajar-pelajar yang saya hantar adalah yang paling teruk perangainya melebihi seorang ketua gangster. Latihan berbulan tidak hantar dan membuat kacau di dalam kelas hampir setiap waktu! Saya mencatat setiap kesalahan mereka dan menghantar mereka kepada guru disiplin hanya kerana kes kritikal. Jika tidak hantar kepada guru disiplin, kepada siapa perlu saya hantar pelajar yang paling bermasalah ini! Saya naik marah dan tahun ini saya mengeluarkan kata-kata kasar seperti “Puan. Saya mahu pelajar bermasalah ini diambil tindakan tegas! Saya tidak mahu kelas saya menjadi seperti kelas 2A6 tahun lepas. Akhir tahunpun masih ramai pelajar yang berani keluar kelas berkejaran walaupun guru disiplin berdiri di hadapan kelas mereka! Semua guru tidak berani berbuat apa-apa, bising sepanjang masa dan keputusan peperiksaan mereka jatuh!” Logiknya jika pelajar bermasalah ini yang beberapa orang sahaja(paling ramai 3 pelajar bermasalah berat bagi setiap kelas) tidak di ambil tindakan atas sikap buruk mereka, lebih ramai pelajar yang akan menjadi jahat dan nakal kerana pengaruh negatif. Anda tidak lagi dapat bezakan mana pelajar yang sememangnya nakal atau yang terikut-ikut. Fahamilah penerangan tentang sikap seseorang manusia iaitu SARaDiT. Anda mampu mengenal pasti pelajar yang sememangnya amat bermasalah. Jika anda benar-benar memahami, makanya senanglah anda menjalankan tugas anda dengan cekap dan mudah. Seperti kata pepatah, ‘hanya jauhari yang mengenal manikam.’  


 

Situasi 6.


Pelajar sering berlakon baik dan memberi maklumat berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka ada kalanya menggunakan air mata sebagai senjata untuk membela diri mereka. Saya amat kecewa kerana guru disiplin sering menegur saya seolah-olah saya membohongi mereka.“Puan, saya rasa apa yang Puan ceritakan itu berbeza dengan apa yang berlaku.” Kenyataan ini mengambarkan saya menghukum pelajar baik. Ramai pelajar mula berani keluar beramai-ramai seolah-olah menjadi saksi ke atas kelakuan buruk saya. Mereka dengan sengaja berlaku biadap terhadap saya dan membuatkan saya menghantar mereka kepada guru disiplin. Selepas itu beberapa pelajar mengekori pelajar bermasalah ini ke bilik disiplin. Saya mula mensyaki sesuatu. Saksi-saksi ini tersenyum sambil melangkah keluar ke bilik disiplin beramai-ramai yang terdiri dari tiga hingga empat pelajar tanpa meminta kebenaran dari saya terlebih dahulu. Makanya setiap kali saya menghantar pelajar ke bilik disiplin, saya akan bertanyakan apa yang pelajar bermasalah ini cerita? Alangkah terkejutnya saya apabila pelajar yang kelihatan baik ini(pengawas) mengatakan beliau hanya bertanyakan soalan “Nak buat latihan dalam buku mana” kepada rakannya. “Dan Puan Norlaila menghukumnya hanya sebab itu!”  Sedangkan beliau sentiasa bercakap-cakap sepanjang saya memberi penerangan kepada semua pelajar. Malah saya belum lagi menyuruh mereka membuat apa-apa latihan! Saya terpaksa menjelaskan perkara sebenar dengan nada kecewa. Seorang guru tidak diberikan peluang membela diri dan mereka sentiasa dipersalahkan. Saya mencadangkan guru disiplin mengambil kelas angkat dimana seorang guru disiplin akan menjadi guru disiplin kelas tertentu sepanjang tahun. Maknanya seorang guru disiplin akan menjaga pelajar bermasalah yang sama sepanjang tahun. Pelajar tidak lagi dapat berlakon kerana semua guru akan menghantar pelajar yang sama kepada guru disiplin yang sama. Masalah guru dipersalahkan berkurang.  


Situasi 7.

 “Cikgu, saya mana ada berjalan. Saya hanya bercakap-cakap!” tengking seorang pelajar apabila saya mengatakan beliau bercakap menganggu pengajaran di kelas, berjalan-jalan, menjerit dan tidak membuat latihan yang diberikan pada awal tahun ini 2014. “Memanglah kamu sekarang ini hanya bercakap-cakap. Tetapi dari mula saya masuk, kamu berjalan-jalan tidak mahu duduk walaupun saya suruh berkali-kali, tidak membuat latihan yang diberikan- tak bacapun kertas yang saya edarkan!, menganggu kelas semasa saya memberikan penerangan di awal waktu tadi dan melawan guru sebelum ini!” terang saya dengan tegas. Wah! Mana mungkin seorang manusia membuat semua perkara dalam waktu yang sama tetapi masih ada guru disiplin yang terfikir perkara sedemikian yang membuatkan mereka mengatakan guru berbohong. Saya masih tidak faham kenapa perkara ini berlaku! Barulah saya faham apa sebenarnya terjadi. Selepas hampir sepuluh tahun bertugas. Saya harap semua guru-guru disiplin di Malaysia yang terlibat benar-benar memahami situasi sebenar sebaik membaca coretan saya ini yang sering dibincangkan di luar ‘bilik mesyuarat’ iaitu ‘mesyuarat tingkap’! Pertengkaran dengan guru disiplin kerap berlaku di awal saya bertugas kerana sikap sebegini. 

WALAUPUN APA CABARAN YANG ANDA HADAPI ANDA PERLU BERTINDAK TEGAS KERANA ANDALAH YANG BERKUASA DI SEKOLAH, AMANAH YANG DIBERIKAN KEPADA ANDA OLEH TUHAN.






Cabaran di SMK Jinjang.


Cabaran Satu.

SMK Jinjang mempunyai pelajar dari keluarga ketua gangster yang dihantar ke sekolah untuk dididik oleh guru-guru. Ramai diantara mereka mempunyai sikap agresif, melawan suka mengacau dan degil. Pernah saya menghukum seorang pelajar perempuan yang kasar dan suka membuli pelajar lelaki lain di dalam kelasnya. Beberapa guru berbisik ke telinga saya mengatakan ‘Itu anak ganster!’ dengan harapan saya tidak terlalu berkeras dengan pelajar ini. Mereka risaukan keselamatan saya. Teringatkan banyak buku yang saya baca dan filem yang saya saksikan saya bertekad untuk mendidik pelajar sepertinya. Logik pertama saya ialah Seorang ayah ketua gangster tidak akan menghantar anaknya ke sekolah SMK Jinjang jika benar beliau inginkan anaknya berperangai jahat. Tentunya beliau mempunyai banyak wang untuk mengupah seorang guru terbaik yang jahat untuk menjadikan anaknya pewaris, mempunyai perangai sepertinya, zalim dan tidak berperi kemanusiaan.Jadi saya menerima amanatnya dengan baik. Logik kedua ialah sekiranya saya mati dibunuh oleh pembunuh upahan ayah pelajar tadi, maka saya sanggup mati dari takutkan manusia. Tuhan telah menghantar saya ke sekolah ini bersebab. Sekiranya saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap perangai buruknya, saya tergambarkan … pelajar ini meningkat dewasa dan Tuhan hantarkan beliau ke rumah saya untuk merompak dan membunuh. Sebaik mengenali saya sebagai bekas gurunya saya tergambarkan beliau berkata pada saya saat saya ingin dibunuhnya dengan kata-kata, “Pada waktu cikgu mengajar saya dahulu, cikgu tidak mendidik saya dengan baik, membiarkan saya berperangai buruk dan takutkan saya lebih kepada yang lain. Pada waktu Cikgu berkuasa dan berpeluang menegur perangai buruk saya, menghalang tingkah laku keji saya, Cikgu tidak berbuat apa-apa.” Lalu saya dibunuhnya tanpa belas kasihan. Ingatan inilah yang membuatkan saya berani mendidiknya walaupun beberapa kali saya diugut dan kereta saya dicalar oleh pelajar yang tidak saya ketahui. Akhirnya pelajar tadi amat menyayangi saya, mengambil berat terhadap saya dan sering menegur saya setiap kali bertemu. Perangai beliau yang kasar bertukar menjadi sedikit lembut dan mudah tersenyum.



Cabaran Kedua

Pelajar mencuri, memukul rakan-rakan dan merosakkan harta sekolah tetapi perangai buruk mereka dibela oleh geng luar yang berkuasa. Pernah seorang guru kehilangan wang, membuat laporan polis tetapi dinasihati oleh Yang Dipertua PIBG supaya menarik balik laporanya. Kata-katanya …Jinjang terdiri dari gangster yang mambawa parang untuk melibas sesiapa yang mereka suka… berjaga-jaga… membuatkan hati ini kecut. Guru tadi juga mempunyai semangat guru sejati- tidak akan berundur demi mendidik anak-anak yang jahat supaya menjadi manusia berguna. Kami bersama-sama mendidik anak-anak yang tersasar dari landasan supaya menjadi manusia berhati mulia. Sekali guru takutkan pelajar, sampai bila-bila mesej yang disampaikan ialah guru adalah manusia yang boleh dijual beli, tidak tahu untuk mendidik dan tidak cekal menjalankan tugas.Membiarkan kejahatan berleluasa dan takutkan mati. Makanya, anak-anak yang tersalah memegang prinsip hidup akan lebih tersesat dan hidup tanpa arah tuju. Siapa yang akan mendidik mereka kebaikan jika bukan guru sedangkan rakan-rakan, komuniti dan keluarga mereka kebanyakannya sudah tersasar dari landasan yang betul? Gurulah pencetus ummah mulia, mendidik manusia kearah kebaikan. Mati sudah tidak menakutkan lagi.


Cabaran ketiga.

Pelajar datang ke sekolah tanpa kasut, baju atau alat tulis yang mencukupi dan ada kalanya lapar berhari tidak mendapat makanan yang cukup. Pelajar tidak membuat latihan dengan baik kerana terpaksa meminjam pen dari rakan yang juga tidak berkemampuan. Mereka terpaksa menunggu rakan menulis untuk menyiapkan tugasan sendiri. Buku latihan tidak dapat dibeli dan mereka kebanyakan keletihan kerana terpaksa bekerja sebelah malam.
 Saya belikan mereka pen dan buku latihan dan sekiranya mereka kelaparan, saya belikan mereka makanan. Saya terpaksa menjalankan aktiviti yang membolehkan mereka bergerak cergas yang kadangkala membuatkan kelas bising. 

Cabaran keempat.

Pelajar nakal yang sering dipukul bapa yang mabuk, melihat ibu dan adik beradik dipukul. Guru tempat mereka meluahkan perasaan kasih sayang. Apabila anda menyayangi mereka, anda akan mereka jadikan tempat untuk menumpahkan kasih sayang. 


Cabaran kelima.

Pelajar yang amat berkemampuan yang datang ke sekolah untuk belajar tetapi terpaksa menghadapi ramai pelajar bermasalah. Pengajaran dan pembelajaran yang mengambil masa yang lama sebelum bermula. Sampah yang dibuang merata tempat setiap masa setiap keadaan. Kelas yang bising dengan pelajar yang berlari-lari berkejaran. Saya mencatat segala kesalahan pelajar nakal dan menghantar kepada guru disiplin supaya kelas terkawal dan terurus. Sekolah ialah tempat untuk manusia berubah menjadi manusia yang lebih bertamadun dan sempurna dari zaman ibu atau ayah mereka. Akhirnya saya berjaya mendidik mereka walaupun tidak sempurna sepenuhnya. Saya dapat masuk ke kelas, setiap kelas, mereka mengucapkan selamat dengan berdiri tegak, ketawa sekiranya saya membuat jenaka, diam apabila saya menerangkan sesuatu, membuat latihan yang diberikan di dalam kelas, bermain permainan yang dijalankan dengan kerjasama sesama rakan dan tidak tidur semasa ujian dijalankan melainkan mereka sakit. Mereka berjenaka dengan saya, mengucapkan salam apabila berjumpa di kawasan sekolah dan ada kalanya teruja melihat saya apabila mereka sudah naik tingkatan ke sekolah sesi pagi.


Tanpa rotan

Ya benar. Saya tidak menggunakan rotan seperti yang diarahkan pihak kementerian. Saya berjaya akhirnya! Saya merasakan mereka semua adalah anak-anak saya yang ketujuh belas. 

SAYA CINTAKAN PELAJAR SAYA. 

Tuesday, 10 February 2015

Mengapa anda perlu ikuti kisah saya?

[kartunguru2.jpg]

8 tahun pengalaman saya perlu anda jadikan sebagai pengalaman anda sendiri kerana jika anda tidak belajar dari sejarah maka anda akan mengulangi sejarah tersebut.


Jika anda tidak belajar dari sejarah maka anda akan mengulangi sejarah tersebut.

Saya membaling pen ke arah pelajar yang bercakap-cakap semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang membuatkan saya mahir membaling dengan tepat ke arah yang diingini. Malangnya pelajar juga berbuat demikian terhadap rakan-rakan mereka!

Saya menjerit-jerit memberikan arahan, maka pelajar juga menjerit-jerit di dalam kelas.

Saya memukul dengan rotan setiap kali mereka membuat kesalahan, maka mereka juga memukul rakan mereka dan mungkin mereka akan merotan atau memukul zuriat mereka dimasa hadapan.

Makanya saya memilih untuk(selepas proses hampir sembilan tahun):

-Mencatat kesalahan mereka, mengingatkan mereka dengan menunjukkan catatan anda(sejarah kesalahan mereka) sebaik mereka membuat kesalahan seterusnya.

-Memastikan pelajar nakal mendapat hukuman yang setimpalnya.

-Memuji pelajar sebaik mereka berubah kepada membuat kebaikan walaupun sedikit.

-Sentiasa menggunakan perkataan ‘Ya, sayang.’ Setiap kali mereka memanggil nama anda.

-Berkomunkasi dengan pelajar seperti rakan sebaya.

-Mudah tersenyum sebaik berjumpa dengan pelajar.

Dan

 -Bergurau dengan mereka seperti anda bergurau dengan rakan anda.




Pengalaman saya.

Picture

SMK Jinjang, Jinjang Utara, sekolah ketiga yang saya ajar sehingga kini. Sekolah kebanggaan saya sehingga tertaipnya hasil kajian yang amat membanggakan saya. Hasilnya amat memberangsangkan setelah hampir sepuluh tahun saya mengajar di SMK Jinjang.

Mahukah anda mengetahui bagaimana saya dapat mengasuh dan mendidik pelajar yang terkenal dengan sikap ganas, nakal, jahat dan mempunyai ciri-ciri gangster kepada pelajar yang menyayangi guru, membelikan kek sebagai hadiah harijadi guru dan menghormati guru-guru mereka? Mereka menyukai dan menyayangi anda sehingga mereka memanggil anda ‘mama’!

SMK Sultan Badlishah, sekolah pertama yang saya ajar sebaik bergelar guru terlatih adalah terdiri dari pelajar terpilih, sekolah asrama harian. Pelajarnya rajin, baik dan mempunyai latar belakang yang kebanyakannya juga baik. Saya sempat mengajar selama setengah tahun sahaja kerana mengambil cuti tanpa gaji selama empat tahun mengikut suami sambung belajar.

Sekolah SMK Convent Kulim, sekolah kedua yang saya ajar sebaik pulang dari UK kerana mengikut suami menyambung pelajarannya keperingkat PHD.

Sebagai seorang ibu kepada 13 orang anak dan amat cintakan kanak-kanak, saya terdedah sedikit sebanyak kepada sikap dan sifat semulajadi kanak-kanak sebagai asas yang kukuh untuk menjalankan kajian yang akan saya bentangkan ini.

Saya banyak membaca untuk lebih memahami rahsia ciptaan Tuhan yang amat unik, penuh dengan rahsia yang jika pokok-pokok di seluruh dunia dijadikan pen untuk menulis dan 7 air di lautan dijadikan dakwat, tidak akan habis ilmu Tuhan untuk ditulis.

Jadikan pengalaman saya ini sebagai rujukan untuk anda mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi manusia yang berilmu pengetahuan dan beramal dengan amalan yang soleh.




Pengenalan SMK Jinjang, Jinjang Utara.


Bilangan pelajarnya 98 peratus Cina, 1 peratus Melayu dan 1 peratus India. Kebanyakan penduduk di Jinjang adalah terdiri dari penduduk

-Rumah panjang iaitu rumah sementara dimana kerajaan membina rumah PPR untuk mereka.
-Flat yang dibina untuk penduduk yang kurang kemampuan.
-Rumah murah untuk penduduk yang lebih berupaya.
-Rumah teres dua dan tiga tingkat bermula tahun 1999 di kawasan sekitarnya.
-Deretan kedai makan sepanjang jalan.
-Deretan kedai-kedai dua tingkat.
-Pasaraya yang berdekatan.


Pada asalnya, pelajar SMK Jinjang ramai yang bekerja untuk menyara diri sendiri atau secara suka-suka menambah duit poket. Kedai makan berselerakan di sekitar kawasan Jinjang membolehkan pelajar bekerja mencari sedikit wang. Terdapat kedai komputer berdekatan kawasan perumahan mereka. Peningkatan projek perumahan baru dan kawasan perindustrian kecil serta rumah-rumah kedai menjadikan kawasan Jinjang lebih sibuk. Bermula sekitar tahun 2007.








Pengenalan (Cinta Pelajar)



Mahukah anda masuk ke kelas tanpa membawa rotan? Tanpa menjerit hampir setiap waktu? Pelajar menganggap anda sebagai rakan, ibu dan mentor mereka? Pelajar(ketua pelajar nakal) menghormati anda dan memanggil anda ‘mama’ walaupun anda tidak mengajar mereka? Membuat latihan dan menghantarnya setiap kali anda beri arahan sedemikian? Mengucapkan selamat sejahtera setiap kali anda masuk ke kelas atau keluar kelas dengan baik - berdiri tegak tanpa berjalan atau bercakap-cakap sesama sendiri? Bergelak ketawa apabila anda membuar lawak? Mendengar pengajaran yang anda berikan tanpa bercakap-cakap? Bekerjasama sesama pelajar lain semasa permainan kumpulan dijalankan? Menghormati anda sebagai guru mereka?

Inilah Rahsianya.
1)  Ilmu sihir atau pukau? Saya membersihkan jiwa pelajar dengan ilmu pengetahuan iaitu ilmu untuk ‘mengawal mental dan fizikal’ pelajar. Ilmu ini ialah penciptaan Tuhan yang Maha Kuasa.
Pertama pengetahuan dan kebolehan manusia yang saya namakan ‘ilmu sifat dan sikap manusia(hati).’ Kedua ‘ilmu kebolehan dan keupayaan manusia(otak)’.

2)  Teknik anda mendisiplinkan mereka.

3) Teknik anda berkomunikasi dengan mereka.

dan

4) Memelihara binatang jinak untuk melembutkan hati pelajar yang ‘keras’ yang kini di dalam proses penyelidikan.




Anda mampu menjadi guru kesayangan pelajar yang berkebolehan meningkatkan semangat pelajar untuk sentiasa berusaha ke arah kejayaan tanpa rasa jemu.
Kertas Kajian



Cinta pelajar.  

          










Norlaila Yusof
SMK JINJANG, JINJANG UTARA, Kuala Lumpur 

Jun  2014.

Promosi Buku "Berpantang Selepas Melahirkan Anak"

Perhatian ibu-ibu!!!


Eklusif kepada Wanita yang sudah berkahwin, yang akan dan sudah melahirkan anak.
Terasa badan rosak selepas berpantang????
Tidak tahu ilmu berpantang mengikut Tradisi Melayu?
Kami ada jawapan untuk masalah anda. Buku "Berpantang selepas Melahirkan Anak mengikut Tradisi Melayu" ini ditulis khas untuk wanita yang akan dan sudah melahirkan anak.




















ANTARA PANDUAN YANG DIBONGKARKAN DI DALAM BUKU INI

  • Fakta berkaitan Berpantang
  • Petua-petua Berpantang
  • Masalah yang dihadapi ketika berpantang
  • Amalan berpantang (pembesaran dan pengecutan rahim)
  • Makanan seimbang semasa berpantang
  • Aktiviti ketika berpantang
  • Keguguran
  • Resipi Berkhasiat (BONUS)

Adakah anda rasa buku ini mahal?
Cuba bandingkan dengan bayaran yang perlu anda keluarkan untuk satu sesi  terapi atau urutan moden yang mencecah sehingga RM200-300. Sebenarnya tiada ubat bagi masalah ini!!! Bayangkan bayaran yang anda keluarkan hanya untuk melegakan kesakitan buat sementara sahaja. Buku ini baru RM30.

Buku ini akan memberi pengetahuan kepada anda untuk mencegah komplikasi selepas bersalin.



Lihat Apa Kata Mereka

 "Saya ibu kepada 3 orang anak dan baru sahaja seorang melahirkan anak. Semasa melahirkan anak pertama saya. Saya memang tidak tahu cara berpantang. Saya cepat marah pada suami kerana badan saya terasa sakit. Kepala berdenyut, pinggang saya sakit, sendi saya sakit dan saya lemah dan tidak berdaya. Setelah membeli buku ini dan mengamalkannya, alhamdulillah, apabila melahirkan anak ketiga saya, badan saya tidak lagi terasa sakit seperti kali pertama dan kedua melahirkan anak."


Pn. Rahimah

Kulim, Kedah

"Anak saya seperti ibu-ibu muda yang lain yang tidak percaya dan ragu-ragu kepada kaedah berpantang selepas bersalin. Saya terasa malu untuk menceritakan kepadanya komplikasi selepas bersalin sekiranya tidak mengamalkan amalan berpantang. Saya telah membeli dan menghadiahkan buku ini kepda anak saya. Setelah anak saya membaca "


Pn. Sarah 

Selayang, Selangor

"Anak saya mengeluarkan RM280 untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian pinggang. Saya membeli buku ini untuk anak saya yang saya kira harga buku ini terlalu murah jika dibandingkan dengan bayaran setiap bulan RM280 yang anak saya keluarkan"

En. Tan 

Kepong, Selangor 

Jadi Adakah anda rasa buku ini mahal?



Jaminan 30 Hari Wang Dikembalikan

Jika tidak puas hati, saya berikan wang anda kembali. Saya berani letakkan jaminan seperti ini kerana saya yakin dengan kualiti panduan dalam buku ini.




TAWARAN TERHAD

Harga RM30 (belum termasuk kos penghantaran)
Berminat hubungi 013-5632517 (call/sms/whatapp)