Situasi 9 tahun lepas.
Situasi 9 tahun lepas.
Tindakan yang saya lakukan selama 9 tahun
bertugas. Suasana di kawasan sekolah pada 9 tahun
lepas.
Situasi
1.
Sebaik loceng berbunyi menandakan waktu
pengajaran dan pembelajaran anda tamat, pelajar terus berlari keluar berkejaran
mengelilingi pokok di luar kelas Peralihan. Anda terpaksa menghalau mereka
masuk ke kelas sekiranya anda ditugaskan mengajar kelas tersebut. Ramai guru
yang tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Kedengaran perkataan “monkey” dari mulut
kebanyakan guru. Saya mula memikirkan cara untuk memastikan mereka berada di
tempat duduk sebaik saya masuk kelas. “Sesiapa yang tidak berdiri di tempat duduk
sebaik saya masuk, saya akan catatkan nama kamu. Jika berulang banyak kali,
saya akan hukum kamu.” Percayalah, pelajar yang paling banyak membuat kesalahan
dan yang paling lambat berdiri di tempat duduk adalah pelajar yang paling
nakal. Anda berjaya mengawal kelas jika anda dapat ‘mengawal’ pelajar nakal ini
sepenuhnya. Pada kebiasaannya pelajar ini tidak akan
membuat latihan yang diberikan, bising, suka membuat kacau dan pelajar
bermasalah. Kawal pelajar ini betul-betul. Maksud ‘mengawal’ ialah dengan mengambil
tindakan tegas dan jika masih tidak berubah, pastikan pelajar nakal ini
berhenti sekolah. Keadaan kelas akan bertambah baik.
Situasi
2.
Pelajar keluar kelas tanpa ‘pas keluar’.
‘Pas keluar’ ini dipegang oleh setiap guru. Pelajar akan dapat keluar hanya dengan
menggunakan pas keluar. Satu pas satu pelajar dan seorang guru diberikAn satu
pas sahaja. Mereka tidak menghiraukan amaran guru
disiplin dan guru-guru dileteri hampir sepanjang waktu mesyuarat kerana tidak
menjalankan tugas, menegur pelajar yang keluar tanpa pas. Setiap kali guru disiplin menegur pelajar
yang tiada pas keluar di kawasan sekolah, beliau menanyakan pas dari pelajar, memberi teguran
dan menyuruh pelajar tadi pulang ke kelas tanpa merotan mereka. Guru disiplin
dibenarkan membawa dan menggunakan rotan.Sebaik sahaja guru disiplin berlalu,
pelajar tadi keluar dari arah mereka beredar dan terus ke tempat yang dituju
kerana guru disiplin sudah berjalan ke arah lain. Saya mencadangkan setiap kali pelajar
keluar tanpa pas, mereka perlu dirotan terus tanpa amaran lagi.Kini tiada lagi pelajar yang secara
suka-suka keluar kelas tanpa ‘pas keluar’.
Situasi
3.
Pelajar tidak memakai baju dengan kemas,
iaitu membiarkan baju terjelir keluar. Mereka sepatutnya memasukkan baju ke
dalam seluar. Guru disiplin menyuruh pelajar memasukkan baju, menasihati
pelajar dan berlalu. Sebaik membelakangi guru disiplin, mereka terus
mengeluarkan baju keluar.Kesalahan ini tidak boleh diambil ringan
kerana pelajar ini perlu dikategorikan sebagai ‘mencabar dan melawan’ peraturan
sekolah secara terbuka. Saya mencadangkan pelajar terus dirotan
kerana kesalahan ini sepatutnya tidak berlaku. Kini tidak ramai pelajar yang
berpakaian demikian. Sekiranya saya dibenarkan menggunakan rotan, saya tidak
akan teragak-agak merotan mereka kerana kesalahan demikian dikira sengaja. Hari
kedua ke sekolah, pelajar sepatutnya sudah maklum cara berpakaian di dalam
sekitar sekolah. Kesalahan sama seperti di atas iaitu sebagai kesalahan
‘mencabar dan melawan’ peraturan sekolah secara terbuka.
Situasi
4.
Semasa saya sedang mengajar, saya dapati
beberapa pelajar dari tingkatan dua mengumpulkan beberapa pelajar dari
tingkatan satu di satu sudut. Mereka semua sememangnya terdiri dari pelajar
bermasalah yang sering menganggu kelas. Saya dapat melihat mereka sibuk berbincang
tentang sesuatu. Saya pasti pelajar yang lebih tua ‘mengajar sesuatu’ kepada
pelajar yang muda, dari tingkatan 1. “Puan, saya pasti pelajar-pelajar senior
melatih pelajar junior sesuatu. Saya akan dapatkan nama mereka dan berikan
kepada Puan. Saya harap Puan mengambil tindakan tegas terhadap mereka sebelum
perkara lebih buruk berlaku. Pelajar tingkatan dua keluar kelas beramai-ramai
mengumpulkan beberapa pelajar muda dari kelas yang berlainan.” Saya memberikan
cadangan kepada Penyelia petang. Pernah seorang pelajar yang berbadan kecil
amat berani membuli rakan sekelasnya dengan mengambil meja dari salah seorang
pelajar yang berperangai baik dan pendiam. Selepas mendapat laporan tentang kes
buli ini saya ke kelas dan kelihatan seorang pelajar duduk dikerusinya tanpa
meja. Saya menyerahkan meja kepadanya dan pulang semula ke kelas untuk
menyambung tugas saya mengajar. Beberapa puluh minit kemudian saya mendapat
laporan kes yang sama dari kelas yang sama melibatkan pelajar yang sama. Saya
tertanya bagaimana seorang pelajar yang berbadan paling kecil dengan raut wajah
yang mulus berani membuli rakannya. Pelajar lain tidak berani berbuat apa-apa! Kejadian ini berlaku sebanyak 3 kali yang
membuatkan saya naik marah, terus membawa pelajar pembuli tadi berjumpa dengan
pengetua. Setelah puas menerangkan apa yang berlaku dan pelajar tadi juga ‘naik
angin’ dan menuturkan perkataan yang tidak sepatutnya, beliau di hukum dengan
hukuman yang berat. Saya pernah bertembung dengan pelajar
pembuli ini di luar bilik disiplin. Siapa sangka seorang kanak-kanak tingkatan
satu yang bermuka mulus bertindak sedemikian. Beliau pandai berlakon di hadapan
guru disiplin dan sering terlepas dari menerima hukuman sehinggakan beliau naik
lemak. Saya yakin beliau mendapat ‘perlindungan’ dari pelajar tingkatan dua!
Situasi
5.
Kata-kata dari guru disiplin seperti “Puan
sering menghantar pelajar bermasalah kepada guru disiplin. Kenapa tidak dapat
kawal sendiri?” Sedangkan pelajar-pelajar yang saya hantar
adalah yang paling teruk perangainya melebihi seorang ketua gangster. Latihan
berbulan tidak hantar dan membuat kacau di dalam kelas hampir setiap waktu!
Saya mencatat setiap kesalahan mereka dan menghantar mereka kepada guru
disiplin hanya kerana kes kritikal. Jika tidak hantar kepada guru disiplin,
kepada siapa perlu saya hantar pelajar yang paling bermasalah ini! Saya naik marah dan tahun ini saya
mengeluarkan kata-kata kasar seperti “Puan. Saya mahu pelajar bermasalah ini
diambil tindakan tegas! Saya tidak mahu kelas saya menjadi seperti kelas 2A6
tahun lepas. Akhir tahunpun masih ramai pelajar yang berani keluar kelas
berkejaran walaupun guru disiplin berdiri di hadapan kelas mereka! Semua guru
tidak berani berbuat apa-apa, bising sepanjang masa dan keputusan peperiksaan
mereka jatuh!” Logiknya jika pelajar bermasalah ini yang
beberapa orang sahaja(paling ramai 3 pelajar bermasalah berat bagi setiap
kelas) tidak di ambil tindakan atas sikap buruk mereka, lebih ramai pelajar
yang akan menjadi jahat dan nakal kerana pengaruh negatif. Anda tidak lagi
dapat bezakan mana pelajar yang sememangnya nakal atau yang terikut-ikut. Fahamilah penerangan tentang sikap
seseorang manusia iaitu SARaDiT. Anda mampu mengenal pasti pelajar yang
sememangnya amat bermasalah. Jika anda benar-benar memahami, makanya senanglah
anda menjalankan tugas anda dengan cekap dan mudah. Seperti kata pepatah,
‘hanya jauhari yang mengenal manikam.’
Situasi
6.
Pelajar sering berlakon baik dan memberi
maklumat berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka ada kalanya menggunakan
air mata sebagai senjata untuk membela diri mereka. Saya amat kecewa kerana guru disiplin
sering menegur saya seolah-olah saya membohongi mereka.“Puan, saya rasa apa yang Puan ceritakan
itu berbeza dengan apa yang berlaku.” Kenyataan ini mengambarkan saya menghukum
pelajar baik. Ramai pelajar mula berani keluar
beramai-ramai seolah-olah menjadi saksi ke atas kelakuan buruk saya. Mereka
dengan sengaja berlaku biadap terhadap saya dan membuatkan saya menghantar
mereka kepada guru disiplin. Selepas itu beberapa pelajar mengekori pelajar
bermasalah ini ke bilik disiplin. Saya mula mensyaki sesuatu. Saksi-saksi ini
tersenyum sambil melangkah keluar ke bilik disiplin beramai-ramai yang terdiri
dari tiga hingga empat pelajar tanpa meminta kebenaran dari saya terlebih
dahulu. Makanya setiap kali saya menghantar pelajar
ke bilik disiplin, saya akan bertanyakan apa yang pelajar bermasalah ini
cerita? Alangkah terkejutnya saya apabila pelajar yang kelihatan baik
ini(pengawas) mengatakan beliau hanya bertanyakan soalan “Nak buat latihan
dalam buku mana” kepada rakannya. “Dan Puan Norlaila menghukumnya hanya sebab
itu!” Sedangkan beliau sentiasa
bercakap-cakap sepanjang saya memberi penerangan kepada semua pelajar. Malah
saya belum lagi menyuruh mereka membuat apa-apa latihan! Saya terpaksa menjelaskan perkara sebenar
dengan nada kecewa. Seorang guru tidak diberikan peluang membela diri dan
mereka sentiasa dipersalahkan. Saya mencadangkan guru disiplin mengambil
kelas angkat dimana seorang guru disiplin akan menjadi guru disiplin kelas
tertentu sepanjang tahun. Maknanya seorang guru disiplin akan menjaga
pelajar bermasalah yang sama sepanjang tahun. Pelajar tidak lagi dapat berlakon
kerana semua guru akan menghantar pelajar yang sama kepada guru disiplin yang
sama. Masalah guru dipersalahkan berkurang.
Situasi
7.
“Cikgu, saya mana ada berjalan. Saya hanya
bercakap-cakap!” tengking seorang pelajar apabila saya mengatakan beliau
bercakap menganggu pengajaran di kelas, berjalan-jalan, menjerit dan tidak membuat
latihan yang diberikan pada awal tahun ini 2014. “Memanglah kamu sekarang ini hanya
bercakap-cakap. Tetapi dari mula saya masuk, kamu berjalan-jalan tidak mahu
duduk walaupun saya suruh berkali-kali, tidak membuat latihan yang diberikan-
tak bacapun kertas yang saya edarkan!, menganggu kelas semasa saya memberikan
penerangan di awal waktu tadi dan melawan guru sebelum ini!” terang saya dengan
tegas. Wah! Mana mungkin seorang manusia membuat
semua perkara dalam waktu yang sama tetapi masih ada guru disiplin yang
terfikir perkara sedemikian yang membuatkan mereka mengatakan guru berbohong.
Saya masih tidak faham kenapa perkara ini berlaku! Barulah saya faham apa sebenarnya terjadi.
Selepas hampir sepuluh tahun bertugas. Saya harap semua guru-guru disiplin di
Malaysia yang terlibat benar-benar memahami situasi sebenar sebaik membaca
coretan saya ini yang sering dibincangkan di luar ‘bilik mesyuarat’ iaitu
‘mesyuarat tingkap’! Pertengkaran dengan guru disiplin kerap
berlaku di awal saya bertugas kerana sikap sebegini.
WALAUPUN APA CABARAN YANG ANDA HADAPI ANDA
PERLU BERTINDAK TEGAS KERANA ANDALAH YANG BERKUASA DI SEKOLAH, AMANAH YANG
DIBERIKAN KEPADA ANDA OLEH TUHAN.
No comments:
Post a Comment