Tuesday, 10 February 2015

Mengapa anda perlu ikuti kisah saya?

[kartunguru2.jpg]

8 tahun pengalaman saya perlu anda jadikan sebagai pengalaman anda sendiri kerana jika anda tidak belajar dari sejarah maka anda akan mengulangi sejarah tersebut.


Jika anda tidak belajar dari sejarah maka anda akan mengulangi sejarah tersebut.

Saya membaling pen ke arah pelajar yang bercakap-cakap semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang membuatkan saya mahir membaling dengan tepat ke arah yang diingini. Malangnya pelajar juga berbuat demikian terhadap rakan-rakan mereka!

Saya menjerit-jerit memberikan arahan, maka pelajar juga menjerit-jerit di dalam kelas.

Saya memukul dengan rotan setiap kali mereka membuat kesalahan, maka mereka juga memukul rakan mereka dan mungkin mereka akan merotan atau memukul zuriat mereka dimasa hadapan.

Makanya saya memilih untuk(selepas proses hampir sembilan tahun):

-Mencatat kesalahan mereka, mengingatkan mereka dengan menunjukkan catatan anda(sejarah kesalahan mereka) sebaik mereka membuat kesalahan seterusnya.

-Memastikan pelajar nakal mendapat hukuman yang setimpalnya.

-Memuji pelajar sebaik mereka berubah kepada membuat kebaikan walaupun sedikit.

-Sentiasa menggunakan perkataan ‘Ya, sayang.’ Setiap kali mereka memanggil nama anda.

-Berkomunkasi dengan pelajar seperti rakan sebaya.

-Mudah tersenyum sebaik berjumpa dengan pelajar.

Dan

 -Bergurau dengan mereka seperti anda bergurau dengan rakan anda.




Pengalaman saya.

Picture

SMK Jinjang, Jinjang Utara, sekolah ketiga yang saya ajar sehingga kini. Sekolah kebanggaan saya sehingga tertaipnya hasil kajian yang amat membanggakan saya. Hasilnya amat memberangsangkan setelah hampir sepuluh tahun saya mengajar di SMK Jinjang.

Mahukah anda mengetahui bagaimana saya dapat mengasuh dan mendidik pelajar yang terkenal dengan sikap ganas, nakal, jahat dan mempunyai ciri-ciri gangster kepada pelajar yang menyayangi guru, membelikan kek sebagai hadiah harijadi guru dan menghormati guru-guru mereka? Mereka menyukai dan menyayangi anda sehingga mereka memanggil anda ‘mama’!

SMK Sultan Badlishah, sekolah pertama yang saya ajar sebaik bergelar guru terlatih adalah terdiri dari pelajar terpilih, sekolah asrama harian. Pelajarnya rajin, baik dan mempunyai latar belakang yang kebanyakannya juga baik. Saya sempat mengajar selama setengah tahun sahaja kerana mengambil cuti tanpa gaji selama empat tahun mengikut suami sambung belajar.

Sekolah SMK Convent Kulim, sekolah kedua yang saya ajar sebaik pulang dari UK kerana mengikut suami menyambung pelajarannya keperingkat PHD.

Sebagai seorang ibu kepada 13 orang anak dan amat cintakan kanak-kanak, saya terdedah sedikit sebanyak kepada sikap dan sifat semulajadi kanak-kanak sebagai asas yang kukuh untuk menjalankan kajian yang akan saya bentangkan ini.

Saya banyak membaca untuk lebih memahami rahsia ciptaan Tuhan yang amat unik, penuh dengan rahsia yang jika pokok-pokok di seluruh dunia dijadikan pen untuk menulis dan 7 air di lautan dijadikan dakwat, tidak akan habis ilmu Tuhan untuk ditulis.

Jadikan pengalaman saya ini sebagai rujukan untuk anda mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi manusia yang berilmu pengetahuan dan beramal dengan amalan yang soleh.




Pengenalan SMK Jinjang, Jinjang Utara.


Bilangan pelajarnya 98 peratus Cina, 1 peratus Melayu dan 1 peratus India. Kebanyakan penduduk di Jinjang adalah terdiri dari penduduk

-Rumah panjang iaitu rumah sementara dimana kerajaan membina rumah PPR untuk mereka.
-Flat yang dibina untuk penduduk yang kurang kemampuan.
-Rumah murah untuk penduduk yang lebih berupaya.
-Rumah teres dua dan tiga tingkat bermula tahun 1999 di kawasan sekitarnya.
-Deretan kedai makan sepanjang jalan.
-Deretan kedai-kedai dua tingkat.
-Pasaraya yang berdekatan.


Pada asalnya, pelajar SMK Jinjang ramai yang bekerja untuk menyara diri sendiri atau secara suka-suka menambah duit poket. Kedai makan berselerakan di sekitar kawasan Jinjang membolehkan pelajar bekerja mencari sedikit wang. Terdapat kedai komputer berdekatan kawasan perumahan mereka. Peningkatan projek perumahan baru dan kawasan perindustrian kecil serta rumah-rumah kedai menjadikan kawasan Jinjang lebih sibuk. Bermula sekitar tahun 2007.








No comments:

Post a Comment