ANAK
ialah
ANUGERAH
BAHAGIAKAN MEREKA
Setiap
anak dilahirkan unik. Tidak ada yang sama walaupun mereka kembar seiras.
Semua bayi yang normal, sihat dan cergas
adalah menjadi kebanggaan ibu bapa mereka. Semua tingkah laku, gerak geri,
senyuman memberikan kebahagian yang paling bermakna buat ibu dan ayah.
Namun apabila meningkat ke alam remaja,
kebanyakan ibu bapa yang tidak memahami kejadian Yang Maha Esa mendapati mereka
merasa resah dan tertekan dengan kerenah remaja yang berbagai ragam. Ramai yang
tidak sedar akan perbezaan manusia, ciptaan Allah yang paling unik dan
sempurna.
Kini ibu bapa mahukan anak-anak cemerlang
di dalam peperiksaan, melihat anak mendapat anugerah yang berbagai dan menjadi
doktor atau peguam ternama. Kegagalan anak-anak dirasakan kegagalan mereka
juga.
Maka perlumbaan inilah yang berlaku pada
masa kini dimana ibu bapa bertungkus lumus berhabis wang dan masa demi
‘kejayaan’ anak-anak tercinta. Pelajar pergi tuition atau guru persendirian
yang di datangkan ke rumah untuk meningkatkan keupayaan anak-anak menjawab
soalan di dalam peperiksaan.
Perlumbaan inilah yang meragut nyawa
seorang pelajar di Kuala Lumpur, saat di mana saya sedang menulis buku ini,
tanggal 24 November 2015. Amat menyayat hati.
KEJADIAN
TUHAN YANG UNIK
Kita
perlu faham akan kejadian Tuhan sepertimana kita perlu faham kejadian sebuah
kereta yang dicipta manusia. Kereta boleh bergerak di darat, kapal selam di
air.
Makanya
jika kereta kita bawa ke air, kereta rosak.
Begitu
juga manusia, kejadian Tuhan yang Maha Esa.
Anak-anak
yang bijak melukis, makanya kita cenderungkan mereka ke arah itu, bukannya ajar
dan latih untuk bijak Add Math. Boleh tetapi apa gunanya anak-anak berhabis
umur dan wang berlatih Add Math sedangkan minatnya pada melukis atau bermain
muzik?
Seorang rakan saya ‘kecewa’ kerana anaknya
‘tidak bijak’ sebagai seorang doktor. Apabila saya menceritakan kejadian
manusia(hampir 2 tahun), rakan saya merasa ‘gembira’ katanya
“Dulu setiap kali anak perempuan saya main
piano, saya akan larang. Jangan main piano
jika saya ada di rumah.”
Kini dengan bangganya dia kata “Anak saya
sejak kecil, dengar aje muzik, dia boleh tulis lirik lagu, baru umur 7 tahun.”
Kini dia menghantar anak perempuannya ke
Amerika untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik. Sekarang setiap kali
anaknya buat persembahan, dialah ibu yang paling bahagia sedangkan dahulunya
impiannya ialah untuk mendapat anak yang bekerja sebagai seorang doktor atau
peguam.
Wang ada, rumah berjuta, anak 2.
BAHAGIAN 1 KEJADIAN
MANUSIA
BAB 1 5
SIFAT MANUSIA
BAB 2 BIJAK LOGIK, BIJAK SENI
BAB 3 5 BAHASA CINTA
BAHAGIAN
2 KERJAYA MASA KINI
BAB 4 KERJAYA SENI
BAB 5 KERJAYA LOGIK
BAB 6 KERJAYA PERNIAGAAN
BAB 7 KERJAYA SOSIAL
BAB 8 KERJAYA PERTANIAN
BAB 9 KERJAYA AMAL
BAB 10 KERJAYA ‘GHAIB’
BAHAGIAN
3 DIDIKAN
AGAMA
BAB 11 DIRI SEBAGAI CONTOH
BAB 12 AMALAN DI RUMAH
BAB 13 KELUARGA
BAB 14 RAKAN
BAB 15 JIRAN DAN MASYARAKAT
BAB 16 MEDIA DAN BACAAN
BAHAGIAN
1
KEJADIAN
MANUSIA
BAB 1 5 SIFAT MANUSIA
BAB 2 BIJAK LOGIK, BIJAK SENI
BAB 3 5 BAHASA CINTA
Pertama saya akan terangkan 5 sifat manusia
yang saya baca(4 yang diberikan tetapi saya tambah 1 lagi iaitu Tenaga) dari
bahan pembacaan ilmuan hebat timur dan barat.
Kedua saya akan terangkan bahawa manusia dilahirkan
samada bijak mengira(logik) atau bijak seni(art).
Ketiga saya akan terangkan 5 bahasa cinta(5
love languages).
Jika
kita faham kejadian Tuhan yang unik, tentu kita akan lihat anak-anak kita
sebagai satu anugerah yang paling bermakna dan yang amat memberikan kita
kebahagian. Anak adalah zuriat kita yang Allah anugerahkan kepada kita seumpama
kain putih yang perlu kita corakkan. Corak yang kita pilih itu adalah dalam
bentuk agama, yang lain Allah uruskan segalanya. Anda akan faham maksud saya
apabila membaca setiap contoh dan penerangan yang saya berikan.
Dalam buku motivasi yang ditulis oleh penulis hebat timur
dan barat, berbagai teknik dan contoh yang diberikan yang dapat memberi
manafaat kepada kita semua.
WANG BUKAN SEGALANYA. IBU BAPA
YANG SAYA PILIH. SAYA SANGGUP BERHENTI KERJA.
Ramai ibu bapa termasuk masyarakat mendidik anak-anak
dengan memberikan gambaran wang yang
dapat membahagiakan mereka.
Namun
tidak semua manusia di muka bumi ini merasakan demikian. Makanya iman yang
perlu kita tanam di dalam jiwa anak-anak, bukan wang atau harta benda yang
nyata, yang nampak di mata yang memberi kebahagiaan.
Ramai insan yang melihat hanya taat kepada kedua ibu bapa
yang membahagiakan mereka. Ramai di kalangan kita yang merasakan mereka bahagia
apabila mereka melihat ibu bapa mereka bahagia, kebajikan kedua ibu bapa
terjaga dan dapat sentiasa melihat kedua ibu bapa mereka tersenyum.
Saya amat kagum melihat anak-anak sebaya saya yang
sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibu atau bapa yang terlantar sakit. Mereka
tidak pernah terfikir akibat yang mereka akan hadapi yang pasti makan dan minum
mereka menjadi terhad, tiada lagi dapat merasa nikmat makanan yang lazat dan
sedap. Apa lagi tidur yang cukup.
Namun sesiapa yang dapat merasa cahaya iman, tidak ada
apa-apa lagi yang mereka inginkan. Tatkala rakan sebaya sibuk membeli-belah,
memandu kereta mewah, tinggal di rumah yang selesa, mereka hanya menjaga ibu
atau ayah yang sakit, tiada lagi pendapatan tetap bulanan, tiada lagi tidur
yang selesa dan tiada rakan taulan untuk bermesra. Yang ada hanyalah ibu atau
bapa yang sakit yang perlu disuapi dan perlu dimandi.
Anak-anak yang kita didik yang tidak mengikut
kehendak kita yang membuatkan kita kecewa dan marah. Dari segi pendidikan
anak-anak amat berbeza minat dan pencapaian mereka.
Ramai anak-anak yang gemar belajar sehingga ke peringkat
PhD, peringkat yang paling tinggi, mengecewakan ibu bapa yang inginkan anak
mereka untuk mewarisi empayar perniagaan mereka.
Ramai pula anak-anak yang minat berniaga, sehingga
membuatkan ibu bapa yang mahukan anak melepasi menara gading menjadi marah.
Ramai pula yang didapati buta huruf sedangkan ibu bapa
tergolong dari golongan guru atau bijak pandai.
Dalam pergaulan, anak-anak juga
berbeza sifat mereka.
Anak-anak yang pendiam yang suka bersendiri tidak akan
disenangi ibu bapa yang suka bergaul dan beramah mesra dengan rakan taulan dan
saudara mara.
Anak-anak yang suka mengarah tidak akan disukai ibu bapa
yang pantang anak-anak memaksa ibu bapa berbuat itu dan ini.
Sekiranya ibu bapa memahami setiap perciptaan manusia,
unik dan berbeza ini, mereka tentu akan melayan anak-anak sebaik-baiknya dan
sentiasa mengembirakan mereka.
Buta
Huruf
I__________________________________________________________I Bijak Matematik
Di
manakah kedudukan anak-anak anda?
Adakah
anda akan merasa malu jika anak-anak anda berada pada aras paling kiri?
Perlukah
anda merasa malu?
Mengapa
anda perlu rasa malu?
BAB 1
5 SIFAT
MANUSIA
5 sifat manusia iaitu Sosial, Arah,
Rancang, Diam dan Tenaga(SARaDiT).
BAB 2
BIJAK
LOGIK, BIJAK SENI
Manusia dilahirkan samada bijak
mengira(logik) atau bijak seni(art).
BAB 3
5 BAHASA CINTA
5
bahasa cinta(5 love languages) Pujian,
Sentuhan, Masa, Pertolongan dan Hadiah
Saya memberikan
anak-anak saya semua yang tersenarai di atas iaitu memuji pencapaian mereka
walaupun sedikit dan tidak endahkan perkara yang tidak saya sukai,
kerap
memegang mereka apabila bercakap,
mendengar
hampir semua cerita yang mereka ingin sampaikan(waktu makan bersama) kerana
saya sentiasa sibuk mengemas, bertanam dan membersih rumah serta bekerja
sebagai seorang guru yang sentiasa ada buku-buku pelajar yang perlu disemak di
rumah,
berkhidmat
untuk mereka dan
sentiasa
jadikan masakan istimewa sebagai hadiah untuk mereka.
Gary
Chapman menulis dalam bukunya “The Five Love Languages of Teenagers” 2000 Northfield Publishing(259
mukasurat) menceritakan
1
Kata kata pujian
2
Sentuhan
3
Masa
4
Pertolongan
5
Pemberian hadiah
diperlukan oleh setiap individu
dan yang paling disukai bergantung kepada individu.
Sebagai ibu bapa, kita perlu mengkaji dan menyelidik apa
yang paling didamba oleh anak-anak kita. Salah satu dari 5 Bahasa Cinta di atas amat bermakna buat anak-anak kita yang
membuatkan mereka fikir kita amat sayangkan mereka.
Anak-anak sayangkan kita. Di bawah saya paparkan apa yang anak-anak kata
tentang ibu bapa mereka.
1 Kata kata pujian : Saya tahu ibu saya sayangkan saya.
Setiap kali saya melakukan sesuatu, mereka akan memuji kerja saya seperti
“Saya hargai pertolongan kamu menjaga adik
ketika saya keluar membeli barang keperluan dapur.” Atau
“Kerja
kamu amat bagus hari ini. Saya amat sukakannya. Rumah kemas dan bersih.”
Apabila saya menolongnya mengemas rumah.
Anak perlu dipuji secara ikhlas
dan nyatakan apa yang mereka telah buat yang membuatkan kita memuji mereka.
2 Sentuhan : Ibu saya amat sayangkan saya. Mereka
sentiasa memeluk saya apabila kami berjumpa. Saya dipeluk apabila saya mendapat
melakukan tugasan saya dengan baik.
Jika mereka remaja, mereka akan
suka jika kita peluk sebelum mereka tidur atau sebelum mereka pergi ke sekolah.
3 Masa : Setiap masa ibu atau bapa saya akan
sentiasa mendengar apa yang saya ingin cerita. Mereka akan berhenti dari
berbuat apa-apa dan mendengar cerita saya.
Anak-anak akan suka jika kita
dapat duduk ketika makan dan mendengar apa yang mereka ingin ceritakan.
4 Pertolongan: Ibu
dan bapa saya akan menolong saya membuat kiraan matematik yang sukar ini.
Pertolongan yang mudah seperti
membasuh baju mereka ketika mereka kelihatan penat atau membasuh pinggan untuk
mereka.
5 Pemberian hadiah: Setiap waktu, apabila saya masuk ke bilik
saya, saya akan teringatkan betapa sayangnya ibu dan bapa saya terhadap saya.
Mereka belikan semua barang-barang yang ada di sini.
Apa apa yang kita ingin
belanjakan kepada anak-anak, tidak perlu mahal. Yang penting kita pasti mereka
amat sukakan hadiah yang kita berikan dan anak-anak mengetahui itu adalah
hadiah yang ikhlas dari kita. Raikan pemberian hadiah walaupun tidak secara
besar-besaran dengan parti atau pengumuman yang kuat.
Saya akan menyajikan makanan
yang lebih lazat dan berbeza dari hari-hari biasa. Saya akan umumkan “Esok kita
makan lauk ayam sebab kamu semua baik pada ibu.” Lauk ayam ni saya hidang
seminggu sekali sahaja, tapi jadikan sebagai satu hadiah. Nyatakan dengan
jelas.
No comments:
Post a Comment