BERSYUKUR, SAYA SEBAGAI ISTERI.
Saya merasa
amat bersyukur kerana dilahirkan dari keluarga yang mendidik saya untuk menjadi
seorang isteri yang baik dan taat.
Saya
sentiasa memastikan rumah kemas sebaik yang terdaya, melayan anak-anak dengan
baik(13 anak), melayan kehendak suami, menyediakan makan minumnya sedaya yang
mungkin dan menjadi seorang peneman yang baik.
USIA
50(saya) dan 51 tahun(suami)
Pada satu
hari minggu, suami saya meminta untuk masak lauk tengahari. Selepas penat
servis kereta, suami terus ke dapur untuk masak kari sardin. Dua tin sardin
habis sebelum malamnya.
Anak
perempuan saya terus masak sardin seperti yang saya selalu masak, bawang dan
air sahaja dimasukkan dan rebus sehingga mendidih.
Sewaktu
makan malam,
“Sayangnya,
sardin mahal-mahal, masak macam ni!” rungut suami. Seperti masakan lain, suami
tidak dapat menerima idea bahawa lauk yang special atau mahal di masak ringkas.
Rebus sahaja.
“Saya suka
macam ni. Rebus atau bakar. Masak ‘singgang’ sedap. Saya masih tidak boleh
terima bahawa masak kari sedap. Dahlah rugi santan, minyak dan rempah, tenaga
juga rugi. Kalau nak rasa kari baik makan kari je. Bila ikan masak kari, rasa
ori ikan dah hilang.
Ye la saya masih hormat pendapat
abang tetapi saya masih tidak dapat menerima bahawa lauk masak kari sedap.”
Bagi saya,
budu, ulam mentah dan lauk bakar atau rebus amat menyelerakan. Saya boleh
tambah tiga pinggan tetapi jika saya masak lauk kari atau masak pedas, saya
hanya dapat makan satu pinggan beserta sayur yang banyak.
Bagi suami
pula masak kari atau masak tumis pedas berselera dan sedap. Suami saya pula
akan bertambah nasi jika saya masak kari atau pedas, tetapi tidak sekiranya
menu ikan ‘singgang’ atau bakar.
Dua budaya
yang berbeza. Lebih 30 tahun kami berkahwin, 21 Oktober 1983. Hari perkahwinan
kami di Pueblo, Colorado, USA.
Baru saya
faham, hari ini apa maksud suami saya sebenarnya dan beliau tidak dapat
mengubah lauk kegemaran saya dan saya pula tidak boleh mengubah lauk
kegemarannya.
Makanya saya
bersyukur sebab suami saya berkahwin dengan saya. Kalau tidak perutnya dah
buncit dan tentu beliau ada kencing manis atau darah tinggi. Dan saya pula
bertuah berkahwin dengannya, jika tidak sudah tentu selera saya akan terus
‘terbuka’ dan makan dengan banyaknya.
Sepuluh
tahun lepas, suami saya merungut seluarnya yang dibeli sebelum kahwin masih
lagi muat. Beliau menyatakan rakan-rakannya mempunyai isteri yang pandai masak.
Beberapa tahun kemudian beliau menceritakan tentang rakan-rakannya yang perlu
menjalani by pass, sebab jantung tersumbat.
Inilah
pertembungan dua individu yang berbeza dan budaya yang berlainan.
DUA SIFAT BERBEZA.
Pada mulanya
kami sering berselisih faham. Saya tidak memahaminya dan beliau juga tidak
memahami saya.
Selepas
beliau dan saya membaca satu buku, Personality Plus, barulah beliau faham sifat
saya yang banyaknya cenderung kepada Singuine. Ceria, ramah dan tidak gemar
merancang.
Suami saya
pula seorang pledgematic. Seorang perancang dan terurus, tegas dan tidak ceria.
Sedikit demi
sedikit beliau dapat memahami saya dan saya pula dapat menjadikan suami seorang
yang ceria dan gembira.
No comments:
Post a Comment