MENGAPA SAYA PERLU MEMBUAT KAJIAN
TINDAKAN?
Tuhan
yang Maha Rahim memberi ilmu dan hikmah kepada semua insan dalam bentuk dan
bidang yang berlainan. Saya mungkin diberi ilmu Seni Didik dan anda mungkin
diberikan ilmu sains. Bill Gates diberikan Tuhan ilmu mencipta perisian
komputer. Syeikh Al-Bukhari, jutawan
Malaysia diberi ilmu berniaga. Malconi dianugerah Tuhan ilmu mencipta Walkie
Talkie.
Ilmu yang diberikan Tuhan kepada
kita pula hanyalah cebisan, seperti cebisan puzzle. Setiap dari kita perlu menulis
semua tindakan, kajian dan dapatan yang
kita lakukan atau jalankan di atas sekeping kertas. Kemudian insan lain yang
lahir selepas kita akan mengemas kini maklumat yang kita tulis dan kembangkan
lagi kajian yang kita telah jalankan dan ternyata berkesan atau membuahkan
hasil yang baik untuk semua umat manusia di atas muka bumi ini.
Sebagai contoh, saya telah menulis
sebuah buku “Berpantang Selepas Melahirkan Anak Mengikut Tradisi Melayu.” Buku
ini adalah dari pengalaman saya sendiri selepas melahirkan 13 anak dan
mengalami 3 keguguran.
Ibu saya ‘mahir’ dalam bidang
perbidanan namun tidak menjadikan bidang ini sebagai kerjaya kerana kekangan
masa menguruskan anak-anak yang ramai.
Saya juga sentiasa bertanyakan ramai
wanita yang saya jumpa dari Malaysia dan England(semasa saya menetap selama 4
tahun di sana kerana mengikut suami menyambung pelajaran- ijazah kedoktoran).
Tanpa data dari doktor iaitu
statistik komplikasi wanita Malaysia
akibat bersalin berbanding wanita di luar negara(negara di mana kaum wanita
berpantang amat rendah), kajian saya masih tidak lengkap. Makanya kini saya
berusaha mengumpulkan mana-mana doktor yang berminat di dalam bidang kajian
saya untuk sama-sama menjalankan penyelidikan demi manafaat semua wanita di
dunia.
Saya juga membaca buku-buku di pasaran yang dapat saya capai
untuk mendalami ilmu sains dalam berpantang.
Mengapa saya lakukan kajian yang
tersebut di atas?
Saya dapati ramai wanita terutama
rakan-rakan saya yang mengalami komplikasi selepas berpantang yang mengakibatkan
mereka sentiasa sakit, memerlukan ubat-ubatan berpanjangan(medinice dependent) dan mengalami masalah kesihatan
alat kelamin yang terjejas.
Akibat dari keadaan di atas, anak-anak tidak dapat dijaga dengan sempurna
kerana masalah kesihatan ibu terganggu, komplikasi kesihatan akibat pengambilan
ubat-ubatan yang berpanjangan dan hubungan suami isteri yang tidak
menyeronokkan bagi kedua-dua pihak.
Rentetan situasi di atas, masalah
kesejahteraan rumah tangga akan terjejas.
BAGAIMANA SAYA LAKUKAN KAJIAN?
1
Kajian
dalam bentuk data yang melibatkan nombor.
Kajian ini adalah kajian yang melibatkan objek yang dapat diukur seperti
berapa ramai pelajar yang lulus di dalam peperiksaan atau bagaimana tindakbalas
bahan kimia ke atas struktur kertas dalam penghasilan kertas dari pulp.
2
Kajian
yang melibatkan temuramah.
Kajian ini melibatkan kemanusiaan seperti bidang sosiologi, kajian
kemanusiaan – tindakan dan pendapat manusia di dalam sesuatu masyarakat. Kajian
ini dibuat secara menemuramah kajian kita dan menulis semua perkara yang mereka
tuturkan dan menulis atau mencatat semua keadaan yang dapat kita lihat
berdasarkan tajuk yang kita mahu kaji. Sebagai contoh saya mahu mengkaji
kehidupan di satu tempat yang penduduknya terdapat ramai kaum lelaki yang gemar
berpeleseran di luar dari menjaga hal ehwal dan kebajikan anak isteri di rumah.
Makanya saya tulis apa yang saya lihat, saya baca sejarah tempat tersebut dari
buku-buku penulisan ahli ilmuan tentang keadaan tempat tersebut(sejarah, kini
dan visi masa depan mereka) dan saya temuramah penduduk-penduduk tempat yang
saya mahu kaji.
3
Kajian
dalam bentuk tingkahlaku atau pertuturan.
Kajian ini melibatkan semua keadaan yang kita alami, percakapan kita dan
tindakan kita yang kita lakukan ke atas kajian kita.
Langkah pertama kita lakukan kemudian kita bandingkan melalui apa yang
kita lihat sebelum dan selepas tindakan kita. Kita menemuramah orang yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk meminta pendapat mereka
tentang perkara yang kita kaji. K Kita tulis tindakan dan pertuturan kita dan
hasil yang kita dapat di dalam bentuk penceritaan.
Langkah kedua, kita minta rakan-rakan lain membaca dan mengamalkan apa
yang kita telah lakukan. Kemudian kita menemuramah mereka untuk mengetahui
keberkesanan kajian tindakan kita.
Langkah ketiga, kita tulis semuanya dan jadikan hasil penulisan kita
sebagai satu kajian tindakan untuk manfaat semua.
HARAPAN
SAYA.
Saya amat berharap semuga Tuhan yang
Maha Pengasih memberi kita kekuatan untuk membuat yang terbaik untuk
kesejahteraan semua manusia di muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment