SYURGA
DI BAWAH TAPAK KAKI IBU
Kata kata aluan,
Assalamualailkum kepada
pembaca semua,
Untuk ibu bapa semua,
Dan
anak-anak yang ingin memahami,
Saya
tidak tahu untuk bermula dari mana kerana semuanya kelihatan tiada punca. Namun
saya ceritakan dari pengalaman yang saya lalui.
Semoga
pengalaman yang saya lalui dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita semua.
Semua yang saya tulis, yang baik dari Allah Yang Maha Kuasa dan yang tidak baik datangnya dari kelemahan
saya sendiri. Saya memohon maaf jika ada apa-apa yang saya tulis menyentuh
sanubari yang membuatkan hati tidak senang. Saya memohon semoga anda tidak
salah faham.
SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI
IBU BAPA
Adakah
benar kenyataan ini?
Bagi
kefahaman saya sejak kecil ialah maksud syurga, iaitu syurga dunia di mana
segala kemewahan seperti rumah yang besar, perabut yang mewah, kereta yang baik
dan makanan yang lazat serta negara yang aman, bebas kemiskinan, penderitaan
dan peperangan. Manusia semuanya hidup penuh kasih sayang dan mentaati perintah
Allah s.w.t.
Syurga
akhirat ialah semua yang di khabarkan oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran dan
disabda oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Semua
kanak-kanak yang pernah mendengar ungkapan Syurga di bawah tapak kaki ibu
menyakini perkataan ini namun pendidikan yang membuatkan mereka terlalai atau
terlupa maknanya yang mereka faham sejak kecil.
Ibu
membelai anak-anak mereka. Doa yang anak akan ucapkan setiap kali mereka berdoa
ialah “Ya Allah. Sayangilah kedua ibu bapaku seperti mana mereka menyanyangi
daku semasa daku kecil.”
Rasulullah
s.a.w mengatakan ibu, ibu, ibu kemudian ayah apabila ditanya oleh sahabat
“siapa yang patut kamu taat?” Bermaknanya ulangan sehingga 3 kali. Perkara
inilah yang menjadi titik tolak kenapa kita pada masa kini menghadapi kesukaran
untuk mendapat syurga dunia....rumah, kenderaan, makanan, pakaian dan pasangan
yang sempurna serta kehidupan yang tenang.
Jika
kita bandingkan pada waktu 40 tahun dahulu, semua kemewahan dikecapi oleh
orang-orang yang tertentu sahaja kerana amat sukar untuk membuat sesuatu
pekerjaan yang terhad akibat kesan peperangan.
Kini
semua jenis perniagaan terbuka luas, pekerjaan yang berbagai bidang samada di
dalam dan luar negeri. Setiap waktu ada sahaja jutawan yang muncul, sehingga
tidak terkira jumlahnya.
Yang
sukar kini adalah billionwan, RM$1,000,000,000.00 yang mempunyai angka 9
kosong. Jutawan Malaysia semakin meningkat walaupun ekonomi gawat.
BAB
1
REZKI
BERPUNCA KEMURAHAN KITA BERKONGSI DENGAN IBU DAN BAPA.
Selama
yang saya ingat, saya sentiasa mengkaji ajaran guru agama yang mengajarkan saya
tentang syurga di bawah tapak kaki ibu. Saya juga melihat kaum India di dalam
filem yang menunjukkan si anak menghormati ibu mereka dengan menyentuh kaki ibu
mereka. Saya juga memerhati kaum Cina yang kebanyakan isteri akan berbakti
kepada mertua mereka dan menganggap mertua sebagai ketua keluarga. Begitu juga
orang-orang Pakistan yang menjadikan budaya ini sebati di dalam masyarakat
mereka.
Namun
sayang, kaum Melayu tidak sebegini. Ada segelintir tetapi amat sedikit. Maka
saya membaca kisah kejayaan orang-orang yang diberi kekayaan dunia, bagaimana
mereka melayan ibu bapa mereka. Saya juga mengkaji bagaimana kehidupan sahabat
dan saudara terdekat saya.
Pencarian
dan segala persoalan saya terjawab pada tahun sekitar 2014. Seorang pelajar di
sekolah dikhabarkan telah menghadapi kesukaran untuk datang ke sekolah kerana
tidak cukup wang tambang bas. Saya berjumpa dengan pelajar tersebut untuk
menolongnya kerana saya tidak mengajar
beliau. Orangnya manis dan baik, berperangai lemah lembut. Tatkala saya belanja
pelajar ini makan nasi lemak di kantin sekolah, beliau tidak menjamah nasi di
hadapannya. Kamilah, bukan nama sebenar kelihatan tunduk. Saya tanya, adik
beradik berapa orang, adik dah makan ke hari ni dan berbagai soalan lagi.
Rupanya
Kamilah dan adiknya kadang-kadang 2 hari tidak makan, mengalas perut dengan air
teh. Ibu dan bapanya sakit, kata Kamilah.
Semenjak
hari itu saya akan membawa Kamilah ke kedai berhampiran rumahnya, memilih
makanan yang beliau suka serta membeli barang keperluan dapur seperti beras,
lauk dan sayur, gula garam dan gas untuk memasak. Dari perbelanjaan RM$100.00
menjadi jumlah RM$500.00.
Selang
beberapa lama, wang terasa sempit dan kejadian tingkap pintu rumah homestay saya
di Kulim terjatuh pecah serta bilik air yang rosak membuatkan saya terfikir.
Pelik rasanya. Kebiasaannya jika menolong orang susah, rezki kita menjadi
lapang.
Persoalan
saya terjawab. Allah ketemukan saya untuk bertanyakan bapa Kamilah pada suatu
petang di hadapan pintu pagar sekolah semasa beliau mengambil anaknya, Kamilah
dari sekolah. Bapa Kamilah tidak dapat memohon wang Baitulmal kerana doktor
tidak dapat mengesahkan punca penyakitnya. Dalam kata lain, beliau sihat
walaupun sering sakit. Itu kata doktor.
Sebaik
mendengar penerangannya, saya terus bertanya bapa Kamilah, bagaimana hubungan
beliau dengan ibunya. Saya ceritakan kisah kehidupan orang yang murah rezki dan
yang sempit rezki kepadanya mengikut layanan mereka terhadap ibu kandung mereka
sendiri. Semuanya berkaitan dengan wang.
Alangkah
terkejutnya saya apabila bapa Kamilah memberitahu saya bahawa salah seorang anaknya
membaling pinggan kepada ibunya hanya kerana ibunya menyuruh anaknya membasuh
pinggan.
Saya
terus menasihati beliau supaya memohon maaf kepada ibu beliau. Beliau bernasib
baik kerana ibu masih hidup, kata saya. Saya nasihati beliau supaya jangan
sesekali benarkan anak-anak atau isteri meninggi suara, apatah lagi membaling
pinggan kepada ibunya.
“Betul
la cikgu. Ramai rakan saya yang kata perkara yang sama. Dulu saya hidup senang,
perniagaan kami maju. Rumah kami mempunyai perabut yang baik dan hidup kami
mewah. Tetapi lama lama hidup kami susah. Saya dan isteri saya sakit. Pernah
teksi yang saya bawa tidak ada orang yang naik. Pelanggan naik teksi yang
beratur di hadapan dan di belakang saya tetapi tidak naik teksi saya.”
Kini
Kamilah tak perlu dibantu lagi.
Selepas
kisah di atas, saya yakin sepenuhnya, kehidupan dan kemurahan rezki seseorang
bergantung kepada bagaimana mereka melayan ibu bapa mereka sebaik mereka
dikurniakan rezki oleh Tuhan Semesta Alam.
Pada
bulan 7, 2015 ibu saya memberitahu kisah jirannya yang mempunyai anak yang
terpaksa mengangkut semua perabut yang cantik-cantik ke rumah mertua isterinya.
Amin jatuh bankrup, semua duit pampasan pekerjaannya beratus ribu ringgit di
‘tipu’. Perabut yang baik dan mahal terpaksa ditumpangkan ke rumah saudara mara
kerana terlalu banyak.
Selepas
mendengar berita ringkas ini dari telefon, saya terus bertanya soalan
“Bagaiman
hubungan si suami tadi terhadap ibunya?”
Ibu
saya bercerita pernah ibu Amin yang sakit meminta untuk makan buah. Amin
menghulurkan potongan buah pada ibunya. Sebaik ibunya ingin mengambil buah dari
tangannya, Amin secara sengaja menarik buah tersebut lalu memasukkan ke dalam
mulutnya. Amin melakukan sedemikian berkali-kali sehingga ibunya menangis.
Malangnya sebaik saya mendengar ibunya sudah meninggal dunia dan menganggap
Amin belum meminta maaf, maka saya katakan,
“Ibu,
jangan ambil tahu fasal anak ini lagi. Allah telah menutup pintu rezkinya. Mungkin jika kita menolongnya, kita juga akan
menanggung susah.”
Adakah
saya zalim?
Entahlah.
Saya mengalami pengalaman kedua iaitu
Sebaik
sahaja saya menceritakan bagaimana Allah menutup rezki ayah Kamilah, dan rezki
saya menjadi sempit, saudara saya mengalirkan air matanya. Isterinya
menceritakan bagaimana adik iparnya, Salmah membaling parang pada mertuanya.
Kini hidup Salmah dan suaminya amat susah. Walaupun mendapat harta pusaka
berbentuk tanah getah dan rumah, namun dua anaknya menjadi penagih dadah.
Salmah pernah menceritakan bagaimana anaknya yang penagih mencuri getah yang di
torehnya untuk membeli dadah.
Pernah
saya menjanjikan wang setiap bulan. Selepas mendengar cerita ini barulah saya
teringat janji saya untuk memasukkan wang secara bulanan kepadanya tidak
tercapai. Kehidupan saya selepas janji yang saya buat menjadi sukar.
Adakah
ini secara kebetulan? Saya tidak pasti tetapi inilah yang terjadi.
Saya
sudah baca dan lihat sendiri kehidupan seseorang yang berkongsi rezki dengan
ibunya, pintu rezkinya akan terbuka luas, seluas mana yang anak-anak memberi
rezki yang mereka dapat dari Allah SWT kepada ibu bapa mereka.
Maksudnya
sekiranya seseorang anak yang mendapat seribu ringgit, dan seribu ringgit itu
diberikan kepada ibunya samada untuk ibunya membesarkan rumah, memberi sedekah
untuk orang miskin atau membeli barang keperluannya, maka rezki anak akan
menjadi 100%. Peratusnya mengikut peratus pendapatan awal yang Tuhan berikan
kepada mereka.
Kisah
1
Azeem
Prenji, jutawan India berhenti belajar dalam pengajian ijazah sebaik sahaja
ibunya menyuruh beliau menguruskan perniagaan bapanya yang baru meninggal
dunia. Tanpa berfikir panjang beliau pulang ke India walaupun ijazahnya hanya
memerlukan 6 bulan sahaja untuk tamat.
Kini
beliau ialah jutawan paling kaya di India yang menetap di India dan menerima
beberapa anugerah kedoktoran.
Kisah
2
Syeikh
Al-Bukhari di awal peringkat kejayaannya, beliau membina sebuah rumah untuk
ibunya manakala beliau sendiri tinggal di atas rumah kedai yang di sewa. Siapa
yang diberi peluang berbuat demikian, termasuk saya sendiri?
Kisah
3
Orang
kampung yang mencari pendapatan di Pulau Langkawi, bertekad untuk pulang ke
kampung Sik Kedah, tinggal di rumah ibu bapanya dengan 2 orang anak yang masih
kecil. Pendapatan awalnya digunakan seluruhnya untuk membesarkan rumah ibu
bapanya tanpa memikirkan untuk tinggalkan sedikit bagi membina rumah sendiri.
Kini rumahnya boleh diibaratkan seluas padang bola dengan rumah sewa dan
perniagaan yang meningkat maju.
Percayakah
anda bahawa orang-orang ini diberikan peluang perniagaan yang orang lain tidak
sanggup lakukan. Adakah ini kebetulan atau Allah yang menutup hati orang lain
dari ingin atau sanggup melakukannya? Perniagaan yang tidak ada pesaing?
Pesaing yang tidak mahu atau menolak atau tidak nampak peluang atas peniagaan
tersebut?
Pasti,
Allah yang memberi rezki kepada hambanya yang tahu berbuat baik kepada manusia
lain. Hambanya yang tahu mengenang budi.
Budi
siapakah yang paling besar selain ibu bapa yang sanggup mengandungkan,
melahirkan, menyusu, membesarkan, mendidik, mengasuh, mengajar, membela,
membelai dan menumpahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi? Tatkala si anak
menangis ketakutan, tangan ibulah yang mengurangkan ketakutan. Tatkala si anak
berduka cita, si ibulah yang mengembirakan.
Azim
Prenji melakukan apa yang disuruh ibu tanpa mempertikaikan atau memikirkan
ijazah yang perlu dilepaskan, yang menuntut 6 bulan sahaja untuk dihabiskan.
Tatkala
usia yang muda yang buta ilmu perniagaan, rakan kongsi ayahnya mendesak supaya
beliau melepaskan syarikatnya namun beliau cekal kerana menurut kehendak ibu
tersayang. Beliau belajar sendiri teknik berniaga, berusaha ke University
bertanyakan pensyarah dan membaca buku-buku untuk mendalami ilmu perniagaan.
Anak
yang taat pada ibu ini Allah jadikan dunia tunduk kepadanya. Siapakah yang
lebih berkuasa? Siapakah yang mengurus kehidupan kita di dunia? Siapakah yang
menentukan kejayaan kita? Siapakah yang memakbulkan doa kita apabila kita
memohon dan berdoa?
SEBAGAI
IBU DAN BAPA, TERIMALAH PEMBERIAN ANAK.
Semuanya
adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa. Jika itu yang anak-anak kita yakin
semenjak mereka mengenal dunia, mengapa kita sebagai ibu bapa tidak
menyakininya.
Ramai
anak-anak yang ingin menyerahkan wang mereka, hasil titik peluh mereka kepada
kita ibu dan bapa, tetapi kita menolaknya. Alasan akal yang kita berikan
berbagai mengikut logik kita.
Sekiranya
kita kaya, kita kasihan ke atas anak-anak kita yang mendapat pendapatan kecil
dengan anak dan isteri yang perlu dijaga.
Sekiranya
kita miskin, kita kasihan pada anak-anak kita yang masih muda yang memerlukan
lebih dari kita. Kita merasakan kita sudah tidak perlukan kemewahan, kita
selesa hidup susah maka kita sanggup berkorban demi melihat anak-anak kita
senang.
Realitinya
di sisi Allah yang Maha Esa, kita telah menyekat rezki anak-anak kita. Rezki
yang terbuka dari langit yang pada sisi Allah amat kecil. Dunia dan segala
isinya pada sisi Allah tidak ada nilainya, ibarat seperti sebelah sayap nyamuk.
Tidak ada nilai sedikitpun.
Namun
pada anak-anak yang menumpahkan segala rezki yang mereka ada pada kedua ibu
bapa mereka, yang diberikan oleh Allah SWT, maka Allah jadikan dunia tunduk
pada anak-anak tersebut.
Wahai
ibu bapa semua, yakinlah, bantulah anak-anak kita. Percayalah, anak-anak yang
baik ialah anak-anak yang sayangkan kita melebihi wang ringgit yang mereka
perolehi hasil dari titik peluh mereka. Anak-anak ini menginganti saat saat
kita bersusah payah membelikan mereka ais krim tatkala wang yang ada di tangan
kita amat sedikit.
Kadang-kadang
anak-anak tahu ibu mereka terpaksa tangguh pembayaran bil hanya kerana perlu
membeli barang-barang persekolahan mereka.
Kadang-kadang
anak-anak tahu kita terpaksa berhutang demi membeli lauk enak yang mereka
minta.
Anak-anak
kita sebenarnya bijak dan celik akal.
Ramai
anak-anak yang mendesak ibu bapa memohon untuk membesarkan rumah kita, atau
membelikan kita kereta baru, namun kita tolak.
Sebabnya
kita kasihan anak-anak kita masih tidak mempunyai apa-apa. Anak-anak kita baru
bermula kehidupan. Dan dalam sejarah kehidupan, penolakan kita itu adalah
penutupan rezki anak-anak kita.
Kita
tidak sedar apa-apa ketentuan yang Allah tentukan kepada hambanya.
Kita
tidak yakin Allah pemberi rezki.
Kita
tidak faham kemurahan rezki dari Allah atas kemurahan anak-anak memberi rezki
yang mereka dapat kepada ibu bapa mereka yang bersusah payah membesarkan
mereka.
Anak
yang murah memberi pada ibu ini, Allah jadikan dunia tunduk kepadanya. Siapakah
yang lebih berkuasa? Siapakah yang mengurus kehidupan kita di dunia? Siapakah
yang menentukan kejayaan kita? Siapakah yang memakbulkan doa kita apabila kita
memohon dan berdoa?
Semuanya
adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa. Jika itu yang anak-anak kita yakin
semenjak mereka mengenal dunia, mengapa kita sebagai ibu bapa tidak
menyakininya. Jika anak-anak mencari keredhoan Allah dengan berbakti kepada ibu
bapa mereka, mengapa kita tidak memberi mereka peluang?
Yakinlah,
orang-orang yang dunia mengejar mereka adalah yang amat murah tangan memberi
kepada kedua ibu bapanya.
Syurga
di bawah tapak kaki ibu...dan syurga kita semasa di dunia ini adalah wang
ringgit.
Ada
anak-anak yang mendapat segala kenikmatan dunia, namun hidup dalam kehidupan
yang sederhana. Mereka berbakti kepada ibu bapa mereka dengan melimpahkan semua
rezki yang mereka ada pada keduanya. Akhirnya dunia di tangan mereka namun
tidak di hati.
SYURGA
DI BAWAH TAPAK KAKI KITA.
Yakininya,
maka mudahlah kehidupan anak-anak kita.
IBU
BAPA YANG BAIK?
Saya
sentiasa menceritakan bagaimana saya mendidik anak-anak untuk sentiasa memberi
sebahagian rezki yang mereka perolehi kepada saya. Namun semua ibu bapa yang
saya temui, mereka mengatakan saya seorang ibu yang zalim.
Namun
setiap kali saya menceritakan kepada rakan-rakan sebaya saya bagaimana murahnya
rezki anak yang melimpahkan wang yang mereka perolehi kepada ibu bapa mereka,
ramai yang bersetuju.
Teramat
banyak cerita ‘ajaib’ yang saya dengar yang saya ingin kongsikan kepada pembaca
semua supaya kita dapat “membuka rezki anak-anak kita” dan rezki itu datang
bertimpa-timpa dan wang yang ada tidak berkurang walau apa dan bagaimana mereka
belanjakan.
“Saya
beli produk susu ni dari menantu saya. Baik orangnya dan tidak berkira wang
ringgit dengan ibu bapanya.”
Sebelum
pulang ke kampung, menantu saya tanya apa yang tiada di rumah. Maklum ibu
bapanya menoreh getah.
“Produk
yang dijual oleh orang yang baik kepada ibu bapanya mungkin lebih berkat
agaknya. Saya makan dan berkesan sungguh.”
Rakan
yang lebih muda dari saya, beranak 4 ini mengiakan kata-kata saya dengan
bersungguh-sungguh.
Najwa
menceritakan bagaimana suaminya yang murah memberi kepada mertuanya. Dia dapat
membeli rumah secara tunai, wang simpanan tabung haji anak mencecah
RM$20,000.00 dan menang 3 hadiah(produk susu) termasuk kereta Grand Livina
berharga RM$80,000.00.
“Orang
tanya saya, saya ada simpan RM$7,000.00 sebulan ke? Saya kata pendapatan saya
dan suami RM$7,000.00 sebulan sahaja. Mana mungkin saya dapat simpan sebanyak
itu.”
Saya
ulang, rezki yang Allah bagi pada kita, sebanyak yang kita bagi pada ibu bapa
kita, sebanyak itulah yang Allah bagi pada kita.
“Tapi
benarlah kak. Rezki kami berkat.”
Jika
kita hendak 100% usaha kita diberkati, maka berilah rezki permulaan titik peluh
kita 100%. Bukan sekali, tetapi berkali-kali.
Seperti
Syeikh Bukhari yang membuat rumah untuk ibunya, tetapi beliau hanya menyewa
rumah kedai.
No comments:
Post a Comment